Tuesday, April 8, 2008
KENAPA TAKUT ROTAN?
Persoalan ini yang perlu dijawab oleh pelajar sendiri. Kenapa perlu takut sekiranya tidak melakukan kesalahan. Undang - undang di negara kita mengenakan hukuman mati jika mengedar dadah. Jadi kita tak mengedar sebab hukuman itu menakutkan. Begitu juga dengan rotan. Jika pelajar takut dirotan, maka dia tidak akan membuat kesalahan.
Islam sendiri telah menyatakan, rotanlah anak yang tidak bersolat apabila sudah sampai umurnya 10 tahun. Ini menunjukkan Islam memang membenarkan kita merotan untuk tujuan mendidik. Dan sebagai sebuah negara Islam, kita perlu berpaksikan kepada ajaran Islam untuk mendidik anak kita.
Di Aceh sendiri, apabila hukuman rotan dilakukan di khalayak ramai, maka kadar jenayahnya menurun. Bukan tujuan untuk memalukan, tetapi kesannya yang perlu dilihat. Di zaman pelajar tidak takut dengan guru, maka hukuman rotan ini amat perlu sebagai satu wadah untuk mendidik pelajar.
GURU MEROTAN SESUKA HATI?
Ini juga satu lagi tanggapan negatif apabila guru dibenarkan merotan. Takkanlah guru hendak merotan sesuka hati. Di sinilah perlunya Kementerian Pelajaran mengeluarkan garis panduan dan kalau boleh kursus merotan sekali.
Tidak dinafikan, kita ada mendengar masalah tentang hukuman ini, tetapi semua pihak hendaklah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, kenapa pelajar ini dirotan? Selidik sebaiknya sebelum menghukum golongan guru yang telah banyak berjasa mendidik anak bangsa.
Mereka juga manusia yang ada hati dan perasaan. Kalau anak murid kurang ajar, menjawab, - jawab, tidak menghormati guru, dan melakukan pelbagai kesalahan yang lain, apakah guru bolh bersabar selamanya, Fikirkanlah.
Guru umpama ibu bapa yang mahu mendidik anaknya berjaya. Maka perlu ada teguran, hukuman dan tindakan yang dikenakan ke atas anak, di atas kesalahan yang dilakukan. Kalau terlebih rotannya maka mungkin lebihlah silapnya.
Jadi semua pihak perlu bersatu - padu. Memberikan peluang kepada guru seluas - luasnya mengajar dan mendidik anak bangsa kita supaya menjadi orang yang berguna di masa akan datang.
Pepatah melayu ada menyatakan, Sayangkan anak, tangan - tangankan. Jadi fikir- fikirkanlah.
Sunday, April 6, 2008
Sebagai seorang rakyat
Satu sejarah telah tercipta di mana buat pertama kalinya Barisan Nasional BN tidak mendapat kemenangan majoriti 2/3 setelah 50 tahun berkuasa. Sebagai peringatan, BN menang besar pada tahun 2004 sehinggakan Tun Dr Mahathir bersuara bahawa tak bagus menang besar sangat.
PRU ke 12 banyak membuka mata semua pihak bahawa Barisan Nasional bukannya kebal. Ianya sama dengan pandangan orang Melayu bahawa orang putih adalah kuat, tetapi bila askar Jepun datang, mereka lari dan akhirnya tewas.
PRU ke – 12 juga mempunyai banyak lagi peristiwa menarik.
Tidak pernah berlaku sebelum ini ……
- Tiga presiden parti utama (MIC, PPP dan Gerakan) kalah dalam pilihanraya.
- 4 buah negeri di pantai barat dikuasai oleh pembangkang iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
- Seorang Menteri Besar bertanding di Dewan Undangan Negeri tetapi tidak dilantik menjadi menteri besar semula.
- dan banyak lagi…..
Kalau ada yang nak tambah, silakan….
FAKTA – FAKTA MENARIK
1. Makanan yang pling digemari oleh lipas ialah gam yang berada di belakang setem.
4. Beethoven iaitu seorang penggubah beberapa susunan muzik klasik terbaik di dunia sebenarnya adalah seorang yang pekak.
10. Ubat gigi jenama Colgate mula diperkenalkan di Perancis dengan nama Cue, mengambil sempena nama sebuah majalah lucah.
Saya menyeru rakan - rakan guru agar menyertai NUTP.
Memang banyak kelebihannya.
Antaranya :
1. Pihak NUTP bersedia membantu anda dalam apa jua masalah mengenai profesion.
2. Pihak NUTP memperjuangkan nasib semua guru di Malaysia
3. Badan yang diiktiraf oleh kerajaan yang mewakili suara guru
4. dan banyak lagi....
Jadi tunggu apa lagi. Sertailah NUTP untuk kebaikan bersama
Apa yang saya lakarkan di kanvas maya ini hanyalah pendapat peribadi saya semata - mata. Sekiranya ada yang tersilap maka maaf di pinta.