Pada 4 Mei ini, satu lagi catatan sejarah akan terpahat di mana penggunaan Punch Card akan dilaksanakan.
Semoga dengan adanya penggunaan punch card ini, masa kedatangan para guru akan lebih baik lagi. Cumanya jangan ramai yang suka menyampaikan salam kepada kawan - kawan untuk mengetikkan kad masing - masing udah le.
Apa - apapun pembaharuan ini perlu dilihat dari segi yang positif. Walaupun warna merah itu tidak menandakan apa - apa, tetapi tentulah ada bezanya antara yang berwarna biru dan yang berwarna merah.
Kepada kengkawan, jangan tersilap mengetik kad orang lain udah le..
SELAMAT MENGETIK KAD ANDA
Thursday, April 30, 2009
Setiap 1 Mei, pekerja - pekerja akan menyambut satu hari yang istimewa iaitu Hari Pekerja.
Bagi guru yang juga pekerja sektor awam, mereka mempunyai 1 hari lagi selain daripada hari pekerja iaitu hari guru.
Apapun, untuk kawan - kawan dan kenalan, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA.
Semoga lebih bersemangat apabila sudah bercuti nie...

Sunday, April 26, 2009
Hari Ini 27/4/2009 genaplah 2 tahun usia perkahwinanku.
Semoga ALLAH meredhai dan memanjangkan jodoh antara kami berdua.
YA-ALLAH, JADIKANLAH KAMI PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERIMAN KEPADAMU
KURNIAKANLAH KEPADA KAMI ZURIAT YANG SHOLEH DAN SHOLEHAH
KAU BUKAKANLAH SELUAS - LUASNYA PINTU REZEKI KEPADA KAMI..
AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Monday, April 20, 2009
Nampaknya masalah mesin fotokopi masih lagi menjadi masalah di sekolah ini. Jika sebelum ini boleh fotostat di koperasi dan kemudian buat tuntutan mengikut panitia, tetapi kebimbangan berlakunya teguran audit menyebabkan masalah ini timbul semula.
Aku sebagai pengerusi BAKTI telah berbincang dengan pembekal mesin fotostat koperasi untuk mendapatkan satu lagi mesin fotostat untuk diletakkan di bilik guru. Setiap Panitia akan diberikan no. pin tersendiri dan setiap guru yang ingin menggunakan mesin fotostat ini, bolehlah mendapatkan no. pin daripada ketua panitia masing - masing. Cumanya, kertas perlu disediakan oleh pihak panitia sendiri.
Pembayaran akan dibuat setelah penyemakan penggunaan berdasarkan no pin yang ada kepada syarikat pembekal.
Cumanya aku belum dapat berbincang dengan Tuan Pengetua tentang idea ini. Aku harap pihak koperasi boleh bersikap terbuka dan melihat ianya sebagai satu persaingan yang sihat.
Kalu ada idea yang lain, bolehlah kawan - kawan beritahu dengan saya....

Bulan April tahun ini merupakan bulan yang paling sibuk...
Macam aku dan 3 kali Sabtu aku digunakan. Dan Sabtu nie pun ada lagi kegiatan ko-kurikulumnya. Ini bermakna, untuk bulan April, keempat - empat minggu aku digunakan.
Memang penat...
Tapi inilah dunia pendidikan.. Aku menerimanya sebagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Cuma 'orang luar' yang tidak tahu, tidak faham tugas guru yang menuduh guru dengan pelbagai tuduhan..
Kepada rakan - rakan, jangan patah semangat, hadirkan diri anda dengan semangat yang membara supaya aktiviti ko-kurikulum ini dapat dijalankan dengan jayanya.

DENGAR - DENGARNYA ADA CIKGU KAT SEKOLAH NIE BARU - BARU NIE TENGAH NAIK ANGIN...
DAH ADA CIKGU KENA SEMBUR DENGAN CIKGU NIE...
HARAP - HARAPNYA CIKGU NI TAK TERTEKAN DENGAN TUGASANNYA...
JIKA TERTEKAN, KITA ADA KAUNSELOR.. ADA PERASA...
JANGAN MARAH CIKGU IKUT SEDAP HATI JE...
PENGETUA PUN TAK PERNAH MARAH CIKGU....
SAYA HARAP, KAUNSELOR DAN KUMPULAN PERASA BOLEH TGK-TGKKAN KAWAN KITA NIE...
JANGAN SAMPAI DARI NAIK ANGIN KENA DARAH TINGGI PULAK...
LAIN PULAK CERITANYA PULAK..

Sunday, April 19, 2009
Aku mengajar Pengajian Am kertas. Selalu aku menerangkan kepada pelajar dengan doktrin pengasingan kuasa, kuasa speaker, dewan undangan negeri dan sebagainya.
Kes di perak ini, yang terbaru adalah keputusan mahkamah yang bagi aku tak sama dengan apa yang aku ajarkan kepada pelajar (berdasarkan teks).
Nak buat camana?
Setelah aku melihat maklumat di internet, memang ada kelainan dalam keputusan mahkamah.
1. Rujuk kenyataan Prof Aziz Bari di http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=1306&mode=thread&order=0&thold=0
2. Kenyataan Hanipa Maidin di http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=1299&mode=thread&order=0&thold=0
3. Kenyataan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, N.H Chan di http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=1311&mode=thread&order=0&thold=0 (yang ini ada komen oleh ang lain dan kenyataan Bekas Hakim Ini di bahagian bawah).
Walaubagaimanapun, aku harap, masalah di Perak akan segera selesai. Bukan apa, untk kebaikan rakyatnya juga.
Jebat : Nasib baik tak kenal dengan Megat Terawis, kalau idak, udoh tentu aku ngajor dia mengamuk kat perok camana aku buat kat melaka.

Wednesday, April 1, 2009
UTUSAN MALAYSIA pada 1/4/2009 melaporkan:
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini (semalam) melahirkan kebimbangannya dengan trend penglibatan pelajar dalam kegiatan jenayah yang menunjukkan peningkatan sejak dua tahun lalu.
Beliau berkata, jenayah melibatkan golongan itu yang dianggap serius termasuklah kes bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan pecah rumah.
Katanya, ini dibuktikan apabila pada 2007, sebanyak 1,836 kes dilaporkan dengan melibatkan tangkapan seramai 3,383 pelajar.
Tambahnya, daripada jumlah itu, seramai 3,241 pelajar orang adalah mereka yang berusia 13 hingga 18 tahun.
“Bagi tahun lalu pula, angka itu terus menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 2,218 kes dengan melibatkan penahanan seramai 3,725 pelajar.
“Daripada jumlah itu seramai 3,629 pelajar adalah berusia 13 hingga 18 tahun,” katanya dalam perutusan sempena sambutan ulang tahun ke-39 pasukan Kor Kadet Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Apa dah jadi dengan pelajar kita?
Siapakah yang hendak disalahkan?
Adakah guru - guru yang akan dipersalahkan?
Adakah guru - guru yang akan dipertanggungjawabkan?
Apakah guru - guru yang tidak boleh mengusik, mendenda pelajar akan dituding jari atas kesalahan yang dilakukan oleh pelajar?
Apakah akan dipanggil lagi profesor - profesor yang mengajar budak pandai di universiti bagi membincangkan masalah pelajar - pelajar sekolah menengah yang degil dan tidak mahu mendengar kata?
Apakah akan diteruskan cadanagan supaya ibu bapa akan disaman di atas kesilapan anak mereka?
Seterusnya, ke mana dan apa tindakan kementerian apabila mendengar laporan ini?
Apakah silapnya sistem pelajaran hari ini hinggakan disiplin pelajar semakin teruk?
Akan adakah lagi mata pelajaran baru bagi menambah matapelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik, Pendidikan Moral bagi melahirkan insan yang berguna.
Adakah boleh diteruskan lagi polisi pelajar yang dibuang sekolah dibenarkan bersekolah semula di sekolah asalnya. Sehinggakan pelajar tersebut boleh berbangga dengan guru yang membuangnya dengan berkata, Saya sudah kembali, cikgu.
Akhirnya, di mana kesudahannya?
Wal Hasal balik hasil.
Jebat : Bukankah Al - Quran itu sebaik - baik panduan yang ada.

Pada sesiapa yang membaca surat khabar utusan malaysia pagi ini pasti akan terperanjat kerana terdapat satu berita di muka hadapan yang bertajuk :
MATI SELEPAS DI ROTAN GURU
Cerita yang sebenarnya ialah pelajar ini, adik Chan Qi Xin, 9, merupakan seorang pesakit saraf otak. Jadi bukanlah pelajar ini mati setelah di rotan.
Tetapi tajuk yang ditulis itu seolah - olah menunjukkan guru bertindak keterlaluan sehingga merotan pelajar sehingga mati. Walaupun tajuk ini bertujuan menarik perhatian, tetapi sekali pandang seolah - olaj ianya ingin memburukkan profesyen keguruan.
Seharusnya wartawan lebih berhati hati dalam meletakkan tajuk supaya tidak ada pihak yang akan tersinggung. Sudahlah etika kewartawanan yang seharusnya dilakukan oleh wartawan sudah tidak banyak dipraktikkan, ini nak memburukkan pula profesyen kkeguruan yang mulia ini.
Saya risau, selepas ini, ada pula pihak - pihak yang jahil yang akan membangkitkan lagi isu rotan dan salah guna kuasa guru. Dengan masalah disiplin pelajar yang semakin meruncing, akan ada pihak yang menuduh guru - guru tidak pandai mendidik.
Jadi kepada wartawan terbabit, berhati - hati dengan tajuk yang ditulis yea.
Jebat : Jangan sampai Jebat mengamuk lagi udahle.

Subscribe to:
Posts (Atom)