UTUSAN MALAYSIA pada 1/4/2009 melaporkan:
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini (semalam) melahirkan kebimbangannya dengan trend penglibatan pelajar dalam kegiatan jenayah yang menunjukkan peningkatan sejak dua tahun lalu.
Beliau berkata, jenayah melibatkan golongan itu yang dianggap serius termasuklah kes bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan pecah rumah.
Katanya, ini dibuktikan apabila pada 2007, sebanyak 1,836 kes dilaporkan dengan melibatkan tangkapan seramai 3,383 pelajar.
Tambahnya, daripada jumlah itu, seramai 3,241 pelajar orang adalah mereka yang berusia 13 hingga 18 tahun.
“Bagi tahun lalu pula, angka itu terus menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 2,218 kes dengan melibatkan penahanan seramai 3,725 pelajar.
“Daripada jumlah itu seramai 3,629 pelajar adalah berusia 13 hingga 18 tahun,” katanya dalam perutusan sempena sambutan ulang tahun ke-39 pasukan Kor Kadet Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Apa dah jadi dengan pelajar kita?
Siapakah yang hendak disalahkan?
Adakah guru - guru yang akan dipersalahkan?
Adakah guru - guru yang akan dipertanggungjawabkan?
Apakah guru - guru yang tidak boleh mengusik, mendenda pelajar akan dituding jari atas kesalahan yang dilakukan oleh pelajar?
Apakah akan dipanggil lagi profesor - profesor yang mengajar budak pandai di universiti bagi membincangkan masalah pelajar - pelajar sekolah menengah yang degil dan tidak mahu mendengar kata?
Apakah akan diteruskan cadanagan supaya ibu bapa akan disaman di atas kesilapan anak mereka?
Seterusnya, ke mana dan apa tindakan kementerian apabila mendengar laporan ini?
Apakah silapnya sistem pelajaran hari ini hinggakan disiplin pelajar semakin teruk?
Akan adakah lagi mata pelajaran baru bagi menambah matapelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik, Pendidikan Moral bagi melahirkan insan yang berguna.
Adakah boleh diteruskan lagi polisi pelajar yang dibuang sekolah dibenarkan bersekolah semula di sekolah asalnya. Sehinggakan pelajar tersebut boleh berbangga dengan guru yang membuangnya dengan berkata, Saya sudah kembali, cikgu.
Akhirnya, di mana kesudahannya?
Wal Hasal balik hasil.
Jebat : Bukankah Al - Quran itu sebaik - baik panduan yang ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kalau ekau tanyo hisham aww...ni jwpn eh "kita kena merujuk perlembagaan fasal bla,bla,bla...idup UMNO...bla,bla,bla...undi BN...bla,bla,bla..awww"..
kalau ekau tanyo den, den jwb...KEMBALI KEPADA AL-QURAN..AMACAM?
Post a Comment