Nampaknya masalah mesin fotokopi masih lagi menjadi masalah di sekolah ini. Jika sebelum ini boleh fotostat di koperasi dan kemudian buat tuntutan mengikut panitia, tetapi kebimbangan berlakunya teguran audit menyebabkan masalah ini timbul semula.
Aku sebagai pengerusi BAKTI telah berbincang dengan pembekal mesin fotostat koperasi untuk mendapatkan satu lagi mesin fotostat untuk diletakkan di bilik guru. Setiap Panitia akan diberikan no. pin tersendiri dan setiap guru yang ingin menggunakan mesin fotostat ini, bolehlah mendapatkan no. pin daripada ketua panitia masing - masing. Cumanya, kertas perlu disediakan oleh pihak panitia sendiri.
Pembayaran akan dibuat setelah penyemakan penggunaan berdasarkan no pin yang ada kepada syarikat pembekal.
Cumanya aku belum dapat berbincang dengan Tuan Pengetua tentang idea ini. Aku harap pihak koperasi boleh bersikap terbuka dan melihat ianya sebagai satu persaingan yang sihat.
Kalu ada idea yang lain, bolehlah kawan - kawan beritahu dengan saya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ada2...aku ada cadangan gile...minta kat YB subra, bekal kan setiap guru satu mesin fotostat...hahahaha...ko kat geng dengan subra...1 kapal!!!
ingat lagi mase practicum dulu.cegu practicum tak dibenarkan guna mesin fotostate skola..huhu..sabarje la..cam nak nangis je..heheeee.
Post a Comment