Dengar khabarnya, SMK Palong TImur akan mendapat cucunya yang ke 18 (kalau tak silap) tak berapa lama lagi. Walaupun 'anak' ini telah tamat pengajiannya, tetapi dia dah pun mengandung 6 bulan. So, kiranya dia mula mengandung ketika di masih menuntut di SMK Palong Timur. Bila bersalin nanti, kira masih diiktiraf cucu SMK Palong Timur.
Itulah khabar baru yang diterima. Moga berita ini tidak benar. Tetapi kalau benar, moga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan juga dosa - dosa kami.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu agar diberikan petunjuk kepada mereka yang terpesong dalam perjalanan kehidupannya. Moga kau berikan hidayah kepada mereka dan janganlah kau pesongkan hati kami setelah kau beri hidayah kepada kami.
Jebat : Moga menjadi ingatan pelajar sekalian.
Thursday, February 12, 2009
Dua minggu ini, guru - guru memang sibuk. Banyak aktiviti yang perlu dilakukan. Antaranya :
1. UPK 1 - 10 - 12/2/2009 (Dengarnya tarikh akhir key - in markah selasa depan)
2. Acara Sebelelum Kejohanan 11 & 12/2/2009
3. DESATON - 14/2/2009
4. Raptai Sukan - 16 & 17/2/2009
5. Hari Kejohanan Olahraga - 18/2/2009
Sebelum itu aku nak ucap Tahniah kepada S/U sukan yang baru dan jawatankuasanya kerana tahun ini sukan (persiapan padang terutamanya) dapat dijalankan dengan jayanya. Walaupun baru, anda menunjukkan bahawa anda memang berkakilebar.
Kebiasaannya, sukan di SMK Palong Timur ini meriah. Meriah bukan sahaja di kalangan pelajarnya, tetapi juga di kalangan gurunya. Pada waktu inilah 'semangat' rumah sukan membakar jiwa dan raga. Ada yang menjadi sensitif tentang rumah sukan ini.
Semangat inilah yang menambah rencah dan menariknya sukan. Tambahan pula sekiranya ada keadaaan yang boleh menimbulkan kontroversi seperti keputusan pengadil, bantahan dan sebagainya.
Walaupun begitu, aku berharap situasi tahun akan bertambah berkurangnya 'kontroversi'. Yang penting kita tumpang berseronok dengan aktiviti yang dijalankan dengan melihat pelajar kita bertanding secara sihat. Tak salah mengeluarkan pendapat, tetapi jangan sampai membuat provokasi udahlah. Ketua rumah sukan kena lihat dari semua aspek, aspek pelajar, aspek guru rumah sukan dan aspek pegawai kejohanan juga sebelum membuat sesuatu keputusan.
Semoga sukan tahun ini akan lebih meriah dari tahun sebelumnya. Semoga rumah Gamma boleh mencatat keputusan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.
KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI,
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN JAYANYA tapi jgn lupa markah yea. hehehehe.
P:S harap tak dengar lagi ada pegawai yang menangis, bertekak 'ideologi' dan 'cara melaksanakan tugas'

Tuesday, February 10, 2009
Hari ini genaplah setahun usia anakanda ku yang sulong
MOHAMAD NAZMI WAFIY.
Semoga anak papa ini menjadi anak yang soleh dan beroleh kebahagian dunia dan akhirat.
Teringat setahun yang lalu, ketika aku sedang berada di padang, aku menerima telefon dari ibu mertuaku menyatakan terdapat tanda yang isteri akan bersalin. Kelam kabut aku berlari ke pejabat memohon kebenaran pengetua untuk keluar menghantar isteriku ke hospital.
Pukul 11.00 malam setahun yang lalu, aku telahpun bergelar ayah. Aku berada di sisi isteriku ketika dia melahirkan zuriatku. Terima Kasih sayang...
Buat Wafiy, Selamat Hari Lahir...

Subscribe to:
Posts (Atom)