Benarlah kata orang, zaman belajar di bangku sekolah adalah zaman yang paling menyeronokkan. Semuanya indah dan best – best (betulke ayat nie!!!) belaka.
Aku dapat rasakan waktu yang paling best sekali ialah waktu peperiksaan. Pada waktu ini pelajar hanya perlu datang kesekolah dengan membawa alatulis dan pemadam sahaja. Test pad minta kat kawan atau beli sahaja di koperasi sekolah,
Waktu exam, mana nak belajar. Jadi kalau tak dapat jawab, pelajar akan ‘mengisi masa terluangnya’ dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ada yang tidur, ada yang melukis dan ada yang tak boleh buat apa – apa akan rasa gelisah dan minta ke tandas. Tak kisah langsung tentang pencapaian mereka. Lulus atau tidak.
Yang letihnya pula cikgu, dari menyiapkan soalan, hantar rezo (betulke perkataan ini), kemudian nak kena susun, kemudian stapler, kemudian susun dalam fail ikut bilangan pelajar.
Lepas abis exam, kena tanda, lepas tu buat analisa. Kena jawab dalam meeting, silap – silap kena buat presentation pulak.
Tapi itu dah tugas guru, dan aku pun cikgu, nak buat camana, dah tugas dan tanggungjawab..laksanakannya…
Subscribe to:
Posts (Atom)