skip to main | skip to sidebar

LAXMANAJEBAT

DARI PANDANGAN SISI .....

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Sunday, November 23, 2008

Bercuti?!!

Posted by CHIEFFZUL at 2:45 AM
Sewaktu jejari ini mengetik papan kekunci, aku berada di beranda tingkat 9, sebuah "kondomaniam" di ampang selangor. Seronok juga merasai cuti "pendek" jaga exam nie. Selasa aku akan kembali menjaga exam spm di smk batu anam.

Bila macam nie, terasa seronoknya bercuti tapi kalau tak de program sepanjang cuti nie, boring la pulak. Semalam pun aku baru beli 2 buku EA form 4 & form 5. Tak lupa juga aku beli PTK. Hehehehe.

Takkan nak ingat anak murid je, untuk diri sendiri pun perlu juga.

Selamat menyambung cuti.
2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, November 13, 2008

Markah Prestasi

Posted by CHIEFFZUL at 6:15 PM
Tiga hari yang lepas, aku berkesempatan bertandang ke rumah kawan ku di Gemenceh, Negeri Sembilan. Dia seorang GPK 1 dan guru cemerlang di sebuah sekolah kurang murid di situ. Dalam sedap berborak dia bercerita tentang tugasannya memberikan markah prestasi kepada guru yang lain. Ialah dia penilai yang pertama.

Terperanjat juga bila dia cakap, paling rendah markah yang dia kasi ialah 95. Katanya lagi, memang menjadi amalan di nogori 9 untuk memberikan markah tinggi. Malah untuk capai 98 bukan susah bonar katanya. Sebab itulah katanya pegawai - pegawai di Negeri 9 cepat naik pangkat. Pengarah JPN Selangor kini dahulunya hanyalah Pegawai PPD di Tampin. Kemudian bertukar ke JPN terus naik pengarah.

Teringat pulak di negeri johor nie. Nak dapat markah 93 bukan senang. 90 tu kira dah tinggi la tu. 95 tu kiro macam bulan jatuh ke riba la. Patutlah susah nak naikkan seseorang untuk memegang jawatan PPD, Pengetua, GPK sebab markah mereka memang rendah berbanding dengan negeri lain.

JPN Johor ambil masa hampir 5 bulan nak lantik pegawai PPD Segamat. Ialah mana nak lantik cepat, Pengarah JPN Johor sendiri kosong untuk beberapa bulan. Sekolah Tinggi Segamat tak de Pengetua selama hampir 11 bulan. Bayangkan bagaimana 'anak tanpa bapa'. Pening kepala GPK dibuatnya. Itulah dia kesan markah prestasi ini.

Pengarah Johor yang baru ini, Tn Hj Sufaat menyatakan di KPM sekarang tidak ada anak johor. Macam mana nak ada, markah prestasi mereka jauh di bawah. antara 98 dan 93, sudah tentulah 98 yang lebih baik markahnya. Jadi, kalau nak ada anak Johor di KPM maka JPN Johor kena berubah. Berilah markah yang tinggi. Bukan rugi apa pun. Akhirnya kita juga yang akan untung.

P/s : Agak - agaknya berapalah markah prestasi aku tahun nie. Jangan jatuh dari tahun lepas udahlah.
3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

JAGA EXAM

Posted by CHIEFFZUL at 6:11 PM
Tahun ini, aku tidak terpilih menjaga exam spm pada awalnya. Tapi rezeki aku masih ada, seorang rakan ku yang terpilih tak mahu menjaganya. Aku men'offerkan' sebagai pengganti. Aku menjaga exam di SMK Batu Anam. Dah tiga tahun di situ. GPK 1 nya pun dah kenal aku. Tak pelah. Dah rezeki aku kat situ. Lagipun senang nak berulang alik.

Cumanya tahun nie tak semesra tahun lalu. Entahlah. Agaknya yang sama jadi pengawas tu semuanya dah senior. Tak tahulah. Aku?! Masih macam dulu. Tetap riuh. Lagipun tak perlu apa nak di tensionkan. Betul tak?
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, November 9, 2008

PENGERUSI BAKTI

Posted by CHIEFFZUL at 7:21 PM
Pagi sabtu yang lepas (semasa kursus profesionalisme) aku telah diumumkan sebagai Pengerusi BAKTI (Badan Kebajikan Kakitangan SMK Palong Timur) yang baru. Bertambah lagi la tanggungjawab tahun depan. Bagaimanapun amanah yang diserahkan oleh rakan - rakan guru insya- Allah akan aku dan jawatankuasa ku laksanakan sebaik mungkin. Cumanya sewaktu di Klebang, Tuan Pengetua dah mengingatkan, Bakti hanya pelaksana, yang menjayakan aktiviti itu adalah ahli itu sendiri.

Ada ahli BAKTI (guru terutamanya) jarang mengikuti mana - mana program yang dilaksanakan, terutamanya Hari Keluarga. Ada sahaja alasan yang diberikan. Nampaknya kami terpaksa memikirkan bagaimana nak mengajak 'golongan' ini mengikuti program atau aktiviti yang kami laksanakan.

Bagi rakan - rakan yang sentiasa memberikan komitmen, aku terus mengharapkan kerjasama dan sokongan bagi memastikan aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. Aku bersedia menerima sebarang komen yang membina ( jgn kutuk je, tetapi berilah jalan penyelesaian), idea dan cadangan tentang aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh BAKTI.

Buat rakan - rakan dalam Jawatankuasa yang dipilih, tahniah dan aku mengaharapkan kerjasama yang erat supaya BAKTI kali ini akan menjadi BAKTI yang terbaik. Insya-Allah. Aku mengharapkan komitmen korang.

Akhirul Kalam, terima kasih di atas keyakinan korang kepada aku dan jawatankuasa BAKTI yang baru. Berilah sokongan kepada program ini.

AMANAH DIDUKUNG, AGAMA DIJUNJUNG.

Salam....
1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

VIRUS .. VIRUSS

Posted by CHIEFFZUL at 7:16 PM
Serangan virus komputer nampaknya semakin mengganas. Baru - baru ini, sejenis virus telah menyerang dan telah memakan file - file 'office' aku seperti word dan excel. Banyak data - data yang aku simpan habis 'dimakan' dan dimusnahkannya. Sampaikan aku nak update kaspersky aku pun dah tak boleh.

Buat kawan - kawan, pastikan anti-virus sentiasa update dan buat back-up. Jangan sampai dah hilang semua data, baru nak menyesal. Nak selamat, simpan file dalam folder.
1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, November 3, 2008

laman web, blog dan ...

Posted by CHIEFFZUL at 8:24 PM
Lama rasanya jejari ini tidak mencoretkan sesuatu di kanvas maya, walaupun sentiasa melayari internet. Apa yang selalu ku lakukan hanyalah membaca. Tanpa menyumbang apa - apa walaupun banyak komen yang pernah kulontarkan. Tetapi hanya lidahku lancar menutur sedangkan jejari ku hanya diam kaku.

Baru - baru ini sekolah ku telah melancarkan laman webnya sendiri. Seronok juga apatah lagi tedapat satu ruang yang dikenali sebagai buku pelawat yang menjadi tumpuan. Nama - nama samaran menguasainya dengan komen yang pelbagai. John Doe, Doraemon, jendul, jedi, cikgu sempoi, cikgu sepajo (sekadar menyebut beberapa nama) antara penulis yang mempunyai 'rating' yang tinggi dalam jumlah post yang dilakukan. Webmaster mula pening kepala 'memikiorkan' masalah ini. Tujuan asal telah tersmpang jauh. Walaupun ada yang memberikan komen yang membina, tetapi ada komen - komen yang tidak 'sepatutnya' dititipkan di laman ini.

Yang kawan - kawan pula sibuk meneka siapakah insan yang bersembunyi di sebalik tabir maya yang serba memungkinkan ini. Akhirnya webmaster telah menutup link ini untuk beberapa ketika. Ada juga yang keciwa kerana link ini telah ditutup.

Apa salahnya untuk memperkenalan diri. Dengan menulis nama sebenar, kita akan lebih rasa bertanggungjawab dengan apa yang kita katakan. Berani kerana benar. Takut apa yang dikatakan akan memakan diri? Tak perlu la takut kalau apa yang kita katakan itu akan membawa kebaikan.

Itulah hakikatnya dunia maya.. kini laman web, blog dan entah apa2 lagi yang akan muncul dan menguasai rutin hidup kita. Bak kata orang, dunia dah berubah, zaman dah maju.

Akhirnya aku pun terpanggil untuk melirikkan kembali jejari ku di atas papan kekunci untuk sama - sama memeriahkan lagi dunia blog ini.

Salam kembali....
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, July 11, 2008

Tugas Guru yang sibuk?

Posted by CHIEFFZUL at 2:25 AM
betul ke orang kata keje cikgu nie senang. Keje setengah hari. Cuti banyak. Boleh pukul pelajar sesuka hati. Dan macam - macam lagi la.

Tapi aku tengok ada cikgu yang ada kat sekolah pagi dan petang. (aku antaranya). Waktu cuti sekolah pun depa dok ada lagi. Sekolah sibuk setiap hari macam waktu sekolah cuma pelajar je yang tak de.

Bila budak berjaya, depa cakap itu disebabkan tuisyen. Kalau tak berjaya, mak bapak depa pula tuduh cikgu tak pandai ajar.

Bila pelajar berdisiplin, oran gtuduh cikgu tak buat keje. Bila ambil tindakan, guru dituduh bermaharajalela.

So, apa yang seronoknya jadi cikgu nie ha?

Penah ke korang pikiorkan....
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, April 8, 2008

ROTAN PELAJAR? APA KESUDAHANNYA

Posted by CHIEFFZUL at 5:17 PM
2 malam yang lepas, aku mendengar satu persidangan yang membincangkan tentang isu pendidikan. Pesertanya juga adalah pelajar yang terpilih. Dalam satu sesi soal jawab isu rotan masih lagi kedengaran. Ini menunjukkan bahawa isu rotan belum lagi selesai walaupun Kementerian telah membuat keputusan mengenainya.

KENAPA TAKUT ROTAN?

Persoalan ini yang perlu dijawab oleh pelajar sendiri. Kenapa perlu takut sekiranya tidak melakukan kesalahan. Undang - undang di negara kita mengenakan hukuman mati jika mengedar dadah. Jadi kita tak mengedar sebab hukuman itu menakutkan. Begitu juga dengan rotan. Jika pelajar takut dirotan, maka dia tidak akan membuat kesalahan.

Islam sendiri telah menyatakan, rotanlah anak yang tidak bersolat apabila sudah sampai umurnya 10 tahun. Ini menunjukkan Islam memang membenarkan kita merotan untuk tujuan mendidik. Dan sebagai sebuah negara Islam, kita perlu berpaksikan kepada ajaran Islam untuk mendidik anak kita.

Di Aceh sendiri, apabila hukuman rotan dilakukan di khalayak ramai, maka kadar jenayahnya menurun. Bukan tujuan untuk memalukan, tetapi kesannya yang perlu dilihat. Di zaman pelajar tidak takut dengan guru, maka hukuman rotan ini amat perlu sebagai satu wadah untuk mendidik pelajar.

GURU MEROTAN SESUKA HATI?

Ini juga satu lagi tanggapan negatif apabila guru dibenarkan merotan. Takkanlah guru hendak merotan sesuka hati. Di sinilah perlunya Kementerian Pelajaran mengeluarkan garis panduan dan kalau boleh kursus merotan sekali.

Tidak dinafikan, kita ada mendengar masalah tentang hukuman ini, tetapi semua pihak hendaklah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, kenapa pelajar ini dirotan? Selidik sebaiknya sebelum menghukum golongan guru yang telah banyak berjasa mendidik anak bangsa.

Mereka juga manusia yang ada hati dan perasaan. Kalau anak murid kurang ajar, menjawab, - jawab, tidak menghormati guru, dan melakukan pelbagai kesalahan yang lain, apakah guru bolh bersabar selamanya, Fikirkanlah.

Guru umpama ibu bapa yang mahu mendidik anaknya berjaya. Maka perlu ada teguran, hukuman dan tindakan yang dikenakan ke atas anak, di atas kesalahan yang dilakukan. Kalau terlebih rotannya maka mungkin lebihlah silapnya.

Jadi semua pihak perlu bersatu - padu. Memberikan peluang kepada guru seluas - luasnya mengajar dan mendidik anak bangsa kita supaya menjadi orang yang berguna di masa akan datang.

Pepatah melayu ada menyatakan, Sayangkan anak, tangan - tangankan. Jadi fikir- fikirkanlah.
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, April 6, 2008

PRU KE – 12, SATU ANALISIS

Posted by CHIEFFZUL at 9:43 PM

Sebagai seorang rakyat Malaysia. izinkan saya memberikan pandangan tentang Pilihanraya Umum (PRU) ke - 12.

Satu sejarah telah tercipta di mana buat pertama kalinya Barisan Nasional BN tidak mendapat kemenangan majoriti 2/3 setelah 50 tahun berkuasa. Sebagai peringatan, BN menang besar pada tahun 2004 sehinggakan Tun Dr Mahathir bersuara bahawa tak bagus menang besar sangat.

PRU ke 12 banyak membuka mata semua pihak bahawa Barisan Nasional bukannya kebal. Ianya sama dengan pandangan orang Melayu bahawa orang putih adalah kuat, tetapi bila askar Jepun datang, mereka lari dan akhirnya tewas.

PRU ke – 12 juga mempunyai banyak lagi peristiwa menarik.

Tidak pernah berlaku sebelum ini ……

  1. Tiga presiden parti utama (MIC, PPP dan Gerakan) kalah dalam pilihanraya.

  1. 4 buah negeri di pantai barat dikuasai oleh pembangkang iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

  1. Seorang Menteri Besar bertanding di Dewan Undangan Negeri tetapi tidak dilantik menjadi menteri besar semula.

  1. dan banyak lagi…..

Kalau ada yang nak tambah, silakan….

0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

10 Fakta menarik

Posted by CHIEFFZUL at 9:22 PM

FAKTA – FAKTA MENARIK

1. Makanan yang pling digemari oleh lipas ialah gam yang berada di belakang setem.

2. Otak Burung Unta lebih kecil dari matanya.

3. Di Amerika Syarikat, purata berlakunya kadar jenayah adalah setiap 22 saat.

4. Beethoven iaitu seorang penggubah beberapa susunan muzik klasik terbaik di dunia sebenarnya adalah seorang yang pekak.

5. Apa yang disebut sebagai "mata" planet Musytari - Bintik Merah Besar - adalah sebenarnya ribut gergasi di dalam atmosfera planet itu. Saiz ribut itu adalah dua kali ganda planet bumi!

Ribut ini telah berterusan sejak Musytari dapat dilihat melalui teleskop. Ia mungkin merupakan ribut paling lama bertahan di seluruh Sistem Suria. Meskipun Musytari adalah planet terbesar di dalam sistem ini, ia tidak mempunyai permukaan pejal. Musytari adalah sebuah bebola gas gergasi.

6. Siri drama televisyen yang paling panjang adalah "Guiding Light" yang telah (dan masih) ditayangkan selama lebih 66 tahun! Ia mula ke udara melalui radio dalam bulan Januari 1937, dan memasuki rangkaian televisyen pada 30 Jun 1952.

7. Sekiranya separuh bahagian barat Pelantar Ais Antartika mencair akibat kesan pemanasan dunia, itu saja sudah cukup untuk meninggikan paras laut sebanyak 60 kaki, dan menenggelamkan banyak bandar besar di pinggir laut.

8. Sistem monarki berperlembagaan di Malaysia adalah unik di mana Yang Dipertuan Agong, yang merupakan ketua negara simbolik, dipilih untuk tempoh selama lima tahun dari kalangan sultan-sultan pemerintah sembilan buah negeri Melayu.

Pada 21 November 2001, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mangkat ketika menjadi Yang Dipertuan Agong ke-11. Baginda adalah sultan negeri Selangor.

9. ENIAC, salah sebuah komputer terawal, memerlukan keluasan lantai 15,000 kaki persegi dan seberat 30 tan. Walau bagaimanapun, keupayaannya hanya satu pecahan berbanding komputer desktop biasa hari ini.

ENIAC, atau nama penuhnya Electronic Numerical Integrator And Computer, dibina oleh Dr. John W. Mauchley dan J. Presper Eckert, Jr. pada tahun 1946. Pada asalnya ia bertujuan untuk kegunaan sewaktu Perang Dunia Kedua, tetapi oleh kerana ia disiapkan selepas tamat perang, ENIAC tidak pernah digunakan untuk tujuan tersebut.

10. Ubat gigi jenama Colgate mula diperkenalkan di Perancis dengan nama Cue, mengambil sempena nama sebuah majalah lucah.

0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

NUTP & Guru Malaysia

Posted by CHIEFFZUL at 9:14 PM
Sudahkan rakan - rakan guru menyertai NUTP?

Saya menyeru rakan - rakan guru agar menyertai NUTP.

Memang banyak kelebihannya.

Antaranya :

1. Pihak NUTP bersedia membantu anda dalam apa jua masalah mengenai profesion.

2. Pihak NUTP memperjuangkan nasib semua guru di Malaysia

3. Badan yang diiktiraf oleh kerajaan yang mewakili suara guru

4. dan banyak lagi....

Jadi tunggu apa lagi. Sertailah NUTP untuk kebaikan bersama
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KESYUKURAN

Posted by CHIEFFZUL at 7:46 PM
Setinggi - tinggi kesyukuran di atas keredhaan-Nya, dapat saya melangkah setapak lagi di dalam dunai siber ini. Semoga dengan ilmu yang sedikit dapat kita berkongsi pendapat dan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Pandangan rakan - rakan amatlah saya hargai.

Apa yang saya lakarkan di kanvas maya ini hanyalah pendapat peribadi saya semata - mata. Sekiranya ada yang tersilap maka maaf di pinta.
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ►  2010 (5)
    • ►  August (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (51)
    • ►  November (4)
    • ►  October (16)
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ▼  2008 (12)
    • ▼  November (6)
      • Bercuti?!!
      • Markah Prestasi
      • JAGA EXAM
      • PENGERUSI BAKTI
      • VIRUS .. VIRUSS
      • laman web, blog dan ...
    • ►  July (1)
      • Tugas Guru yang sibuk?
    • ►  April (5)
      • ROTAN PELAJAR? APA KESUDAHANNYA
      • PRU KE – 12, SATU ANALISIS
      • 10 Fakta menarik
      • NUTP & Guru Malaysia
      • KESYUKURAN

Followers

Alamat Penting

  • CikGu Skema
  • John Doe
  • Pengetua SMPL
  • Ah Chun
  • Harakah
  • Malaysiakini

Text

Followers

PENULIS

Zulkarnain Ab Halim merupakan seorang pendidik di Segamat. Segala catatan ini merupakan pandangan peribadi beliau.
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com