Tiga hari yang lepas, aku berkesempatan bertandang ke rumah kawan ku di Gemenceh, Negeri Sembilan. Dia seorang GPK 1 dan guru cemerlang di sebuah sekolah kurang murid di situ. Dalam sedap berborak dia bercerita tentang tugasannya memberikan markah prestasi kepada guru yang lain. Ialah dia penilai yang pertama.
Terperanjat juga bila dia cakap, paling rendah markah yang dia kasi ialah 95. Katanya lagi, memang menjadi amalan di nogori 9 untuk memberikan markah tinggi. Malah untuk capai 98 bukan susah bonar katanya. Sebab itulah katanya pegawai - pegawai di Negeri 9 cepat naik pangkat. Pengarah JPN Selangor kini dahulunya hanyalah Pegawai PPD di Tampin. Kemudian bertukar ke JPN terus naik pengarah.
Teringat pulak di negeri johor nie. Nak dapat markah 93 bukan senang. 90 tu kira dah tinggi la tu. 95 tu kiro macam bulan jatuh ke riba la. Patutlah susah nak naikkan seseorang untuk memegang jawatan PPD, Pengetua, GPK sebab markah mereka memang rendah berbanding dengan negeri lain.
JPN Johor ambil masa hampir 5 bulan nak lantik pegawai PPD Segamat. Ialah mana nak lantik cepat, Pengarah JPN Johor sendiri kosong untuk beberapa bulan. Sekolah Tinggi Segamat tak de Pengetua selama hampir 11 bulan. Bayangkan bagaimana 'anak tanpa bapa'. Pening kepala GPK dibuatnya. Itulah dia kesan markah prestasi ini.
Pengarah Johor yang baru ini, Tn Hj Sufaat menyatakan di KPM sekarang tidak ada anak johor. Macam mana nak ada, markah prestasi mereka jauh di bawah. antara 98 dan 93, sudah tentulah 98 yang lebih baik markahnya. Jadi, kalau nak ada anak Johor di KPM maka JPN Johor kena berubah. Berilah markah yang tinggi. Bukan rugi apa pun. Akhirnya kita juga yang akan untung.
P/s : Agak - agaknya berapalah markah prestasi aku tahun nie. Jangan jatuh dari tahun lepas udahlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Cikgu-cikgu kat Johor ni malas kot, sebab tu lah dapat markah prestasi yang rendah!
Penilai ada bermacam-macam..... pernah di sekolah saya ( bukan yang sekarang ) penilai pertama memberi markah 70% kepada beberapa guru. Yang dapat 90 keatas boleh dibilang dengan jari.. yang dapat markah 60% pun ada....2 orang. Yang peliknya dua orang ni sebelum ini mendapat cemerlang baik 3 tahun berturut-turut. Seorang guru yang mengamok dengan markah ini pernah berkata markah 60% hanya layak diberi kepada guru "SAKIT".
Setahu saya, markah utama guru-guru adalah berada pada 'Lesson Plan'...lengkap lesson plan, dia mesti akan dapat sekurang-kurang 80%. Ini kenara core bussiness guru ialah mengajar, panduan mengajar pula ada pada lesson plan. 60% teruk sangat dah tu!
Post a Comment