skip to main | skip to sidebar

LAXMANAJEBAT

DARI PANDANGAN SISI .....

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Tuesday, January 20, 2009

KAWAN

Posted by CHIEFFZUL at 2:35 PM
Hayatilah lirik lagu nasyid ini....

Kawan,
BERTAHUN KITA BERSAMA, BAGAI SEMALAM BARU BERSUA
KAWAN DIHADAPAN OH INDAHNYA, KITA BERSAMA BERKELANA
NAMUN KITA JAUH, DI DUNIA SENDIRI
BEKALAN SENDIRI, IMPIAN SENDIRI
MESKIPUN JAUH NAMUN, KITA TETAP BERSAMA
DEK RUANG YANG MEMISAHKAN KITA

KAWAN
HIDUP INI, UMPAMA LANGIT
YANG TIDAK SELALU CERAH
KAWAN
HIDUP INI, BAGAIKAN AWAN
YANG TIDAK SELALU PUTIH

INGATLAH
BINTANG - BINTANG DI LANGIT, TAK KAN TERUS BERKERDIPAN
INGATLAH,
PELANGI YANG INDAH, PASTI AKAN HILANG

KAWAN
JANGAN BIARKAN DIRIMU, SEPERTI RAMA - RAMA
CANTIK NAMUN AKHIRNYA, MENJADI PERHIASAN DI DINDING

KAWAN
JANGAN BIARKAN DIRIMU, UMPAMA LIPAN DAN KALA
BERBISA NAMUN AKHIRNYA MENJADI PERHIASAN DI MEJA TULIS

OHH KAWAN
JADILAH SEPERTI SI MATAHARI
MEMBAKAR DIRI, DEMI INSAN SEJAGAT

OHH KAWAN
JADILAH SEPERTI BULAN PURNAMA
MENERANGI MALAM YANG GELAP GELITA
MENUNJUKKAN JALAN, DEMI UMAT SEMESTA

0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, January 19, 2009

TERIMA KASIH TEMAN.....

Posted by CHIEFFZUL at 4:04 PM
Semalam, adalah merupakan antara hari aku gembira di SMK Palong Timur

Ini kerana teman - teman seperjuangan bersetuju dengan cadanganku untuk membayar yuran BAKTI RM10 sebulan. Aku berharap persetujuan mereka adalah dengan seikhlas hati agar program yang dirancang dapat dijalankan.

Semoga BAKTI 09/10 akan lebih cemerlang dalam menjalankan aktiviti untuk guru.

Sekali lagi, terima kasih teman...

BAKTI - DARI GURU UNTUK GURU

p/s : dah ada guru bayar hari nie. Yang belum bayar bolehlah bayar.
1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, January 7, 2009

CELAKALAH KAU .....

Posted by CHIEFFZUL at 6:29 PM
Pagi ini aku hati aku betul - betul tersentuh melihat sejumlah mayat yang disembahyangkan oleh rakyat Palestin. Mayat - mayat ini adalah sebahagian daripada mangsa kekejaman bangsa Israel yang dilaknat oleh Allah. (Berita memberitahu : Sekolah diom, 48 terbunuh )

Tambah tersentuh apabila melihat gambar seorang kanak - kanak menangis di tepi dinding sekolah, tempat dia dan keluarganya berlindung tetapi masih lagi dibedil oleh tentera kafir laknat itu.

Sampai bila kekejaman ini akan berakhir? Kuasa besar dunia tidak dapat berbuat apa-apakah dalam menyelesaikan konflik yang telah memakan beratus-ratus nyawa tanpa mengira samaada kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Di manakah AS yang mengaku sebagai polis dunia? Sudahlah tidak membantu malahan menolak usul ini dibentangkan di Majlis Keselamatan PBB. Presiden yang nak dibaling kasut masih lagi mempertahankan tindakan israel dan menyalahkan Hamas?

Dimanakah OIC ? Adakah cukup dengan mengutuk perbuatan israel tetapi terdapat berita yang menyatakan bahawa jordan dan mesir menutup pintu dari menerima pelarian dari Gaza ini. Kemana penduduk Gaza nak mendapatkan perlindungan sedangkan kedua negara ini menutup pintunya.

Ya - ALLAH. Beratnya ujianmu ini.

Kepada kaum muslimin sekalian, marilah kita bersama - sama berdoa agar ALLAH membantu rakyat Gaza dan Palestin serta menghancurkan Israel dan AS.

Kita boikot penggunaan barang - barang yang menyokong israel seperti colgate, coca-cola dan rokok.

YA-ALLAH BANTULAH SAUDARA KAMI DI PALESTIN DAN GAZZA
YA-ALLAH KAU SELAMATKAN MEREKA DARI KEKEJEMAN ISRAEL
YA-ALLAH BERILAH KEKUATAN KEPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM KAMI UNTUK MENENTANG KEJAHATAN ISRAEL.

WAHAI ISRAEL DAN AS ... CELAKALAH KAU DUNIA DAN AKHIRAT..
WAHAI ISRAEL DAN AS ... CELAKALAH KAU DUNIA DAN AKHIRAT..
WAHAI ISRAEL DAN AS ... CELAKALAH KAU DUNIA DAN AKHIRAT..

ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, January 4, 2009

SELAMAT KEMBALI MENGADAP PAPAN HITAM

Posted by CHIEFFZUL at 6:41 PM
Assalamualikum dan Salam Sejahtera

Pagi ini, 5/1/2009 telah bermulalah dengan rasminya sesi persekolahan bagi tahun 2009. Pagi tadi aku bertugas memastikan perhimpunan rasmi berjalan dengan lancar dan teratur.

PA Sistem masih lagi menjadi masalah utama. Tak tahu bila boleh selesai. Pengawas masih tidak cekap untuk melaksanakan tanggungjawab. Bagaimanapun secara keseluruhannya, semua berjalan dengan lancar kecuali kelewatan pengawas keluar untuk membaca ikrar dan PA Sistem yang berbunyi nyaring.

Pagi ini juga sesi P&P sudah mula berjalan walaupun pengurusan kelas masih belum selesai. Tambahan pula ada pemantau dari PPD. Lagi la kelam kabut. Nasib baik fail dan rancangan pelajaran dah disiapkan. (walau belum sempurna)

Tahun 2009 visi dan misi sekolah, daerah dan negeri sudah berubah. Guru kena bekerja lebih keras (bagaimana dengan pelajar??) dalam mencapai visi dan misi yang ditetapkan. Jika tidak tercapai, maka akan adalah rombongan cik kiah (nazir) berbondong - bondong datang ke sekolah. Waktu tu, guru akan lebih stress lagi.

Inilah jalan kehidupan yang telahpun kita pilih. Laksanakanlah tugas yang mulia ini dengan penuh ketaqwaan. Moga Allah menerima tugas kita ini sebagai satu ibadah. Insya-Allah.

Buat guru - guru sekalian,
Selamat mendidik anak murid
Selamat mengajar para pelajar
Selamat menjalankan tugas yang telah digalas

SELAMAT KEMBALI MENGADAP PAPAN HITAM

Sekian....
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, January 2, 2009

PERISTIWA AWAL TAHUN

Posted by CHIEFFZUL at 7:20 PM
Tahun ini di buka dengan lembaran pahit dalam kamus kehidupanku. Pengalaman baru yang tidak ingin dilalui oleh sesiapapun. Tetapi takdir Allah telah menentukan segala-galanya.

Semalam, 2/1/2009 tercatat di dalam laporan polis, keretaku dipecah masuk yang mengakibatkan kehilangan wang sebanyak hampir RM4,000. Kejadian ini berlaku setelah aku memasukkan wang kutipan koperasi berjumlah RM37,000.00. Aku bersyukur kerana aku telah sempat memasukkan wang tersebut ke dalam bank.

Duit yang ada itu adalah milik koperasi sekolah untuk digunakan pada hari ini bagi tujuan urusan jual beli buku. Dan ada juga wang milikku.

Kejadian ini berlaku setelah aku selesai menyimpan dan menukar wang di bank. Kemudian aku ke kedai Majed untuk membeli fail putih. Lalu aku memakir kereta di hadapan kedai top-up di jalan pasar. keadaan di situ penuh dengan kenderaan. Aku masuk ke kedai Majed tidak sampai 15 minit kemudian aku keluar untuk pulang. Apabila aku membuka kereta aku dapati kerusiku penuh dengan kaca (waktu tu tak perasan lagi, tingkap telah dipecahkan). Kemudian barulah aku sedar cermin kereta ku sebelah kiri hadapanku telah pecah dan beg biru telah tiada.

Memang panik dibuatnya. Aku cuba bertanya dengan peniaga yang berada di hadapan keretaku tetapi mereka juga bercakap tidak nampak apa yang berlaku. Pelik tapi benar?

Setelah laporan di buat di balai polis, pegawai penyiasat dan aku datang semula ke tempat kejadian. Tetapi kedai itu sudah di tutup.(Kedai yang lain masih dibuka).

Bila aku soroti, memang pelik pada hari kejadian tu, antaranya :

1. Setiap tahun aku membawa kawan untuk menemaniku ketika memasukkan wang dalam amaun yang besar, tetapi tahun ini tidak.

2. Tidak pernah selepas menukarkan wang untuk kegunaan awal tahun, aku pergi ke tempat lain. Tapi tahun nie aku singgah kat kedai majed yang dah hampir setahun setengah aku tak ke kedai tu.

4. Aku sentiasa membawa beg biru yang mengandungi pelbagai barang termasuk duit, buku bank, dokumen dan yang lain kalau aku keluar kereta. Tetapi hari tu aku boleh meninggalkannya di atas tempat duduk depan sahaja.

Nasib baik juga aku tidak membawa anak dan isteriku. Sekiranya mereka ada, tentu lain ceritanya kerana mungkin mereka telah mengekoriku dari bank lagi. Manalah tahu mereka sanggup mencederakan anak dan isteriku untuk mendapatkan beg itu.

Apapun perkara telah berlaku dan aku serahkan kepada pihak polis untuk menyiasatnya. Tentang duit yang hilang itu, bukan aku sengaja nak menghilangkannya. Keretaku pun rosak dan perlu diperbaiki.

Perkara ini juga telah aku laporkan kepada pengetua, GPK I dan GPK Ko-Ku. Kepada keluarga dan rakan juga telah ku maklumkan apa yang berlaku.

Sememangnya pengalaman merupakan guru yang terbaik. Insya-Allah aku akan lebih berhati - hati selepas ini.

Moga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepadaku.

P/s: terkenang beg biru (dan isi dalamnya)... Siapalah yang mengambilnya.....??
1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ►  2010 (5)
    • ►  August (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (51)
    • ►  November (4)
    • ►  October (16)
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ▼  January (5)
      • KAWAN
      • TERIMA KASIH TEMAN.....
      • CELAKALAH KAU .....
      • SELAMAT KEMBALI MENGADAP PAPAN HITAM
      • PERISTIWA AWAL TAHUN
  • ►  2008 (12)
    • ►  November (6)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)

Followers

Alamat Penting

  • CikGu Skema
  • John Doe
  • Pengetua SMPL
  • Ah Chun
  • Harakah
  • Malaysiakini

Text

Followers

PENULIS

Zulkarnain Ab Halim merupakan seorang pendidik di Segamat. Segala catatan ini merupakan pandangan peribadi beliau.
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com