skip to main | skip to sidebar

LAXMANAJEBAT

DARI PANDANGAN SISI .....

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Friday, January 2, 2009

PERISTIWA AWAL TAHUN

Posted by CHIEFFZUL at 7:20 PM
Tahun ini di buka dengan lembaran pahit dalam kamus kehidupanku. Pengalaman baru yang tidak ingin dilalui oleh sesiapapun. Tetapi takdir Allah telah menentukan segala-galanya.

Semalam, 2/1/2009 tercatat di dalam laporan polis, keretaku dipecah masuk yang mengakibatkan kehilangan wang sebanyak hampir RM4,000. Kejadian ini berlaku setelah aku memasukkan wang kutipan koperasi berjumlah RM37,000.00. Aku bersyukur kerana aku telah sempat memasukkan wang tersebut ke dalam bank.

Duit yang ada itu adalah milik koperasi sekolah untuk digunakan pada hari ini bagi tujuan urusan jual beli buku. Dan ada juga wang milikku.

Kejadian ini berlaku setelah aku selesai menyimpan dan menukar wang di bank. Kemudian aku ke kedai Majed untuk membeli fail putih. Lalu aku memakir kereta di hadapan kedai top-up di jalan pasar. keadaan di situ penuh dengan kenderaan. Aku masuk ke kedai Majed tidak sampai 15 minit kemudian aku keluar untuk pulang. Apabila aku membuka kereta aku dapati kerusiku penuh dengan kaca (waktu tu tak perasan lagi, tingkap telah dipecahkan). Kemudian barulah aku sedar cermin kereta ku sebelah kiri hadapanku telah pecah dan beg biru telah tiada.

Memang panik dibuatnya. Aku cuba bertanya dengan peniaga yang berada di hadapan keretaku tetapi mereka juga bercakap tidak nampak apa yang berlaku. Pelik tapi benar?

Setelah laporan di buat di balai polis, pegawai penyiasat dan aku datang semula ke tempat kejadian. Tetapi kedai itu sudah di tutup.(Kedai yang lain masih dibuka).

Bila aku soroti, memang pelik pada hari kejadian tu, antaranya :

1. Setiap tahun aku membawa kawan untuk menemaniku ketika memasukkan wang dalam amaun yang besar, tetapi tahun ini tidak.

2. Tidak pernah selepas menukarkan wang untuk kegunaan awal tahun, aku pergi ke tempat lain. Tapi tahun nie aku singgah kat kedai majed yang dah hampir setahun setengah aku tak ke kedai tu.

4. Aku sentiasa membawa beg biru yang mengandungi pelbagai barang termasuk duit, buku bank, dokumen dan yang lain kalau aku keluar kereta. Tetapi hari tu aku boleh meninggalkannya di atas tempat duduk depan sahaja.

Nasib baik juga aku tidak membawa anak dan isteriku. Sekiranya mereka ada, tentu lain ceritanya kerana mungkin mereka telah mengekoriku dari bank lagi. Manalah tahu mereka sanggup mencederakan anak dan isteriku untuk mendapatkan beg itu.

Apapun perkara telah berlaku dan aku serahkan kepada pihak polis untuk menyiasatnya. Tentang duit yang hilang itu, bukan aku sengaja nak menghilangkannya. Keretaku pun rosak dan perlu diperbaiki.

Perkara ini juga telah aku laporkan kepada pengetua, GPK I dan GPK Ko-Ku. Kepada keluarga dan rakan juga telah ku maklumkan apa yang berlaku.

Sememangnya pengalaman merupakan guru yang terbaik. Insya-Allah aku akan lebih berhati - hati selepas ini.

Moga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepadaku.

P/s: terkenang beg biru (dan isi dalamnya)... Siapalah yang mengambilnya.....??
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

Cikgu Sempoi said...

Laxamana Jebat pun kena rompak
Aku rasa memang dalam kalangan yang kau kenal juga, mungkin budak2 sekolah ataupun yang berada dalam bank tu.

January 4, 2009 at 4:25 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ►  2010 (5)
    • ►  August (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (51)
    • ►  November (4)
    • ►  October (16)
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ▼  January (5)
      • KAWAN
      • TERIMA KASIH TEMAN.....
      • CELAKALAH KAU .....
      • SELAMAT KEMBALI MENGADAP PAPAN HITAM
      • PERISTIWA AWAL TAHUN
  • ►  2008 (12)
    • ►  November (6)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)

Followers

Alamat Penting

  • CikGu Skema
  • John Doe
  • Pengetua SMPL
  • Ah Chun
  • Harakah
  • Malaysiakini

Text

Followers

PENULIS

Zulkarnain Ab Halim merupakan seorang pendidik di Segamat. Segala catatan ini merupakan pandangan peribadi beliau.
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com