Antara isu hangat yang dibincangkan pada mingu ini adalah cadangan untuk mengadakan untuk melaksanakan sekolah 1 aliran. Sekiranya dasar ini dilaksanakan ini bermakna sudah tiada lagi sekolah berasakan kaum iaitu SJK (Cina) atau SJK (Tamil).
Sekolah berasaskan etnik kaum ini dikenalpasti menjadi duri dalam daging untuk meneruskan kesinambungan perpaduan kaum. Warisan penjajah yang ketika itu bertujuan memecahbelahkan penduduk di Tanah Melayu terus dipertahankan sehingga ke hari ini.
Apa yang menariknya untuk mengupas isu ini?
Kalau disorot kembali, setiap kali ada pemimpin Melayu yang memperjuangkan bangsa dan agamanya, puak – puak ini akan menuduh pemimpin ini “racist”. Allahyarham Tun Dr Ismail, Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Dr Mahathir, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan antara pemimpin yang sentiasa dituduh sebagai racist. Tun Dr Mahathir sendiri pernah digelar sebagai ULTRAMELAYU oleh pemimpin singapura, Lee Kuan Yew.
Tuduhan racist ini bertujuan supaya orang – orang melayu sebagai pemimpin utama di Negara ini, tidak boleh untuk memajukan kaum melayu sahaja. Pemimpin ini perlu adil kepada semua kaum terutamanya kaum yang mendatang. Apatah lagi di dalam bidang ekonomi, kaum cina dan kaum india lebih kehadapan berbanding dengan kaum melayu. Ini menyebabkan mereka merasakan di atas keringat mereka di dalam bidang ekonomi inilah yang menyebabkan Negara semakin maju.
Kepentingan politik juga sentiasa menjadi halangan utama dalam pembentukan sekolah satu aliran. Sehebat – hebat Dr Mahathir, beliau juga gagal mewujudkan sekolah satu aliran. Sebagai gantinya, kerajaan mewujudkan sekolah wawasan dan juga sekolah integrasi.
Nampaknya, setelah lebih 50 tahun merdeka, tahap hubungan di antara kaum di Malaysia menunjukkan tahap rekahan yang semakin melebar. Ianya umpama menjadi api dalam sekam yang sekiranya tidak ditangani dengan betul, akan menjadi api besar yang membakar hangus.
Kejadian 13 Mei (walaupun ada cerita menyatakan ianya cerita politik), Tragedi Kampung Medan, Kejadian di Masai menunjukkan betapa rapuhnya hubungan kaum di Negara kita. Sekiranya tiada jalan penyelesaian di buat oleh pihak kerajaan, tidak tahu apa yang akan terjadi kepada Negara kita 50 tahun lagi.
Sebenarnya di dalam hal ini, pemimpin yang mempertahankan sekolah berasaskan kaum inilah yang bersifat racist sebenarnya. Mereka sentiasa mementingkan kaum mereka sehinggakan terdapat syarikat yang meletakkan syarat mempunyai kemahiran berbahasa mereka barulah akan diterima bekerja. Bukankah ini racist namanya. Mereka sudah berani meminta itu dan ini. Mereka merasakan DEB dan dasar yang menongkat orang melayu selama ini merupakan dasar yang berat sebelah.
Dengan kuasa ekonomi di tangan mereka, sekarang mereka sudah berani untuk menggugat kuasa politik. Pertaruhan politik menjadi senjata mereka. Mereka mempertaruhkan sokongan di dalam pengundian supaya kerajaan tunduk dan mengikut telunjuk mereka.
Satu cerita benar berlaku di Gemas, setelah selesai Menteri merasmikan kilang, satu sidang akhbar telah di lakukan. Di siding akhbar itu, yang ada hanyalah pemilik kilang yang berketurunan cina, serta 2 orang juruteranya yang berbangsa India. Di dalam siding akhbar itu, pemilik kilang telah berkata,
“Kerajaan patut lebih adil di dalam pembahagian kek ekonomi. Dasar yang memberi kelebihan kepada sesuatu kaum sahaja perlu dihapuskan. Ini akan membolehkan ekonomi berkembang dengan lebih baik lagi. Lagipun sebagai rakyat, kita berhak menikmati semua hak keistimewaan tanpa ada kaum yang mendapat lebih.”
Seorang wartawan bertanya kepada pemilik syarikat tentang kedua – dua juruteranya. Maka dijawab oleh pemilik kilang tadi
“Kedua mereka adalah anak beranak. Yang bapa sudah bekerja dengan saya lebih 20 tahun. Manakala yang anak baru bekerja dengan saya lebih kurang 5 tahun. Saya membayar gaji yang tinggi kepada mereka.”
Wartawan itu bertanya lagi. “Mereka sudah lama bekerja dengan pihak tuan. Kenapa tuan tidak memberikan saham kepada mereka sebagai tanda penghargaan dan menjadikan mereka sama – sama memiliki syarikat ini?”
“ohh mana boleh.. Ini syarikat saya. Saya tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Saya yang bersusah payah membina syarikat ini. Mana boleh senang – senang saya serah kepada orang lain. Saya membayar gaji mereka. Memabayar bonus. Malahan saya tidak mengalang mereka untuk mencari kekayaan melalui cara yang lain!!” jawab pemilik kilang dengan nada tak puas hati!!
Dengan selamba badak, wartawan tadi menjawab “ Begitulah keadaan di Negara ini tuan. Asalnya tanah ini milik Sultan – Sultan dan orang Melayu. Tetapi kaum lain datang mencari rezeki di tanah ini. Kami tidak menghalang tetapi sudah pasti kami tidak akan menyerahkan semua keistimewaan milik kami kepada orang yang mendatang seperti mana tuan tidak mahu menyerahkan syarikat ini kepada orang lain”
Terdiamlah pemilik kilang yang berbangsa cina itu tadi.
Kesimpulannya, saya menyokong hasrat kerajaan untuk mewujudkan sekolah satu aliran. Selagi fahaman kebangsaan dan kaum masih menjadi batu penghalang kepada perpaduan di Negara kita, selagi itu akan ada perasaan saling curiga – mencurigai diantara satu sama lain. Api sekam boleh menjadi semakin marak. Pemimpin yang racist ini perlu ditolak supaya perpaduan menjadi keutaamaan.
Di sinilah, yang patut menjadi paksi kepada perpaduan bukan lagi fahaman perkauman, tetapi Fasal 3 perlembagaan yang sepatutnya diperjelaskan dan dikembangkan fungsi dan kuasanya iaitu ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
my bro, i thinklah kan ape mslahnye hubungan antara kaum di malaysia ni.
Semua tragedi keganasan kaum yg berlaku di malaysia bukan kerana masalah perkauman tetapi segelintir manusia yang nak munjukkan kekuatan dan kehebatan. Nak bagitau ini negara aku.
Sejarah takkan mampu ditulis semula.
Yang terbaik adalak bertolak ansur dan hormat-menghormati.
Eksistensi kaum di negara adalah lambang keunikan malaysia.
bangsa malaysia dapat direalisasikan hanya melalui permuafakatan bersama.
Melalui perlembagaan pun malaysia bukan bertuankan melayu.
Lagipun melayu dah mula merempat di bumi sendiri.
Mengapa? 1. kerana sejarah takkan ditulis semula. 2. Sikap kaum kite yang problem.
Anak jahat jangan salahkan cikgu semata (perumpaan sahaja).
Pe2 pun saya tetap tak setuju dengan idea awak....
Hidup Hj. Jasimin.....
Hidup Ahmad Hourmain...
Melayu merempat di bumi sendiri? Sebab ke - 3, pemimpin yang tidak amanah dalam memajukan bangsanya sendiri. Itu jangan lupa. Dia pegang kuasa 50 tahun bro..Tak kan tak leh nak ubah nasib bangsa
Hidup Benazir!!
Hidup Hamid Karzai!!
Hidup Hamid Arifin!!
Hidup Jalil Hamid!!
den nak kupeh gak nie...tapi nak kupeh apo lak ea...ekau dah kupeh pun ha...
DEN SOKONG KOMEN IKGU CHUN..BUKAN RACIST JADI ISU, YG JADI ISU KENAPO NAK DI 1 KAN BONDO YG MEMANG TAK RASI...BUEK APO TUHAN JADIKAN MANUSIO BERBILANG BANGSO...NAJIB PUN BANGANG GAK...DEN GHISAU LOPEH NIE MASJID2 PUN JADI MASJID 1 MALAYSIA, DAH TAKDO MASJID INDIA & MASJID CINA...MEMANG SAJO BUEK KOJO BANGANG!!!
Salam 1Malaysia...
Pokcik pada mulanya memang nak komen apo yang disuarakan oleh chieefzul ni. Tapi bilo pokcik tengok apo yang dio tulis lari dari tajuk dio,pokcik malas nak komen. Pokcik ingat kalau dio pi periksa...tak kiralah kertas Bahasa Melayu ke, Bahasa Cina ke atau Bahasa tamil ke...kosong markah le.
Sekolah satu sesi dengan sekolah satu aliran banyak bezonyo bro. Ekau ni spesis UMNO alias Shabery Cheek le...lain isu, lain yang dijawabnya...
alamak.... isu ni jd hangat... mcm kat parlimen....
jika kita berbicara tentang ketuanan dan perkauman sebenarnya kita sedang melangkah ke belakang berpuluh2 tahun ke zaman amerika syarikat melihat penuh kejijikan dan kehinaan kaum afro-amerika....
bukankah sistem sek. 1 aliran menutup pintu perealisasian demokrasi pendidikan.
sebenarnya pakatan kiri pejuang kemerdekaan telah pun merealisasikan idea permuafakatan antara kaum dengan lebih adil dan tanpa prejudis dengan tergubalnya perlembagaan rakyat bagi membangkang idea perlembagaan ala lord reid.
saya akan paparkan video mengenai sejarah kemerdekaan negara dari perspektif UNSONG HERO.
mr. laksama, andai anda x setuju dengan idea sekolah 1 aliran 2... sy pasti bangkang awak jugak... ha.... ha.... ha.... (gurau je)....
tolong nyanyi lagu ni...
UMNO terus maju bersama pemimpin penipu.....
dan ini baca dengan loghat sudin....
Alif tendang mim tendang nun tendang wau tendang alif... sekali sarkaz da.....
ha.... ha.... ha..... ha.....
HIDUP IDRIS JUSOH....
HIDUP MD. KHIR TOYO...
pembetulan...
ingatkan nk paparkan video 2 kt facebook tp video tu x dpt nk upload kat facebook..
so sile ke zulponiran.blogspot.com
To John Doe...
Wa ingat lu jangan komen apa-apa bro. Pada pandangan wa, lu memang cuma tahu marah dan bangangkan orang saja, walhal lulah yang bangang. Lu jenis tak tau hujung pangkal isu. Lu no point beb. Cikgu apa knowledge zero!
Now, masalah perpaduan antara kaum wujud. That is fact. So, as a country leadership, they should think about how to manage that problem. So, Prof Khoo Khay Kim kata melalui pendidikan satu aliran. So u ada cara lain. Nak tunggu rasi ape? Nak 1Malaysia apa dengan Masjid, Kuil dan Tokong. Lu mereng ko? Explainlah cara lain nak solve masalah perpaduan ni...
P/s: Sorry wa terkasar sikit. Wa pantang orang marah2 membuta tuli ni.
Weh bang,
Tukar arrr template tue... photobucket dah tak simpan lagi gambar2 kat layout ko neh..ganti aa ngan yang laen....
Berokband boleh pakai ke kat poland??
Gile maju poland.... ngahahahha
,Adekmu yang chomel! ^_____^
ana selaku ustaz tabligh yang pergi india aje kejenye ni ingin membetulkan sedikit ustaz musangman yang dah beratus kali pergi haji dan umrah tu (agaknyalah kot), yang campur masyarakat sangat 2....
tolong jgn serang peribadi org boleh???????
sekian, terima kasih...
yang benar,
mamak india yang selalu enta minum kat restorannya itu (agaknyalah) sambil enta bercampur ngan orang kat sana....
MUSANGMAN = DAH NAMA PUN MUSANG...KOK T TEGOLEK KONO LANGGAR KETO...WAKAKAKA....
IKUT NASIHAT USTA TU.."JGN SERANG PERIBADI"...
DEN TAK KUTUK KAU, KAU LAK YG LOBIH2 APAHAL?...KOK DOPAN MATO NIE TAU LA NASIB EKAU..SETAKAT BEGHANI DLM BLOG SUMO OGHANG BULEH!!!MEH BEDOPAN NAK?...
To Zulkarnain bin Poniran...
Weei ada ka wa serang peribadi sesiapa. Tang mana tu. Wa tak tau le. Wa cuma nak bahaskan apa yang pembahas (tu yang sebut nama)katakan.
So, wa minta maaf kalau lu terasa. Isu yang hangat wa pun jadi hangat le.
Buat John Doe...wa ingat wa punya penilaian pada lu tak salah. Wa tak minta maaf sehingga lu ubah feel lu. Wakaka..
Post a Comment