Wednesday, August 11, 2010
Aku dapat rasakan waktu yang paling best sekali ialah waktu peperiksaan. Pada waktu ini pelajar hanya perlu datang kesekolah dengan membawa alatulis dan pemadam sahaja. Test pad minta kat kawan atau beli sahaja di koperasi sekolah,
Waktu exam, mana nak belajar. Jadi kalau tak dapat jawab, pelajar akan ‘mengisi masa terluangnya’ dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ada yang tidur, ada yang melukis dan ada yang tak boleh buat apa – apa akan rasa gelisah dan minta ke tandas. Tak kisah langsung tentang pencapaian mereka. Lulus atau tidak.
Yang letihnya pula cikgu, dari menyiapkan soalan, hantar rezo (betulke perkataan ini), kemudian nak kena susun, kemudian stapler, kemudian susun dalam fail ikut bilangan pelajar.
Lepas abis exam, kena tanda, lepas tu buat analisa. Kena jawab dalam meeting, silap – silap kena buat presentation pulak.
Tapi itu dah tugas guru, dan aku pun cikgu, nak buat camana, dah tugas dan tanggungjawab..laksanakannya…
Tuesday, May 25, 2010
Sebagai rakyat marhaen, aku mengharapkan Negara kita akan terus maju dan makmur serta sentiasa di dalam keredhaan-Nya.
Jadi apakah isunya kali ini…
Izinkan aku untuk memberi pandangan terhadap beberapa perkara…
Buat kawan – kawan,
Alhamdulillah, setelah lama terperap, akhirnya saya kembali menulis di alam cyber…
Banyak isu yang berlaku akhir – akhir ini….
Seronok juga kalau kita sama – sama memberikan pandangan, idea mahupun pendapat walaupun kita tahu siapalah kita dalam memberikan pandangan itu…
Apapun, apa juga pandangan saya adalah kerana sayangnya saya kepada agama, bangsa dan Negara.
Monday, January 4, 2010
Sebelum aku mulakan lorekan jejari aku ini di papan kekunci elektronik ini, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru dan selamat kembali ke sekolah kepada rakan – rakan sekalian.
Hujung tahun 2009 dan awal tahun 2010 nampaknya menunjukkan keadaan yang kurang tenang di dalam Negara. Banyak perkara yang mengocak ketenangan Negara. Di sini aku senarai beberapa isu yang aku maksudkan :
1. Kecurian enjin jet kapal terbang
2. Kenaikan harga gula sebanyak RM0.20/kg
3. Pengenalan harga minima rokok
4. Isu penggunaan bas sekolah yang melebihi 30 tahun
5. Isu lebihan guru
6. Dan yang sekarang ini melanda di semua isu penggunaan kalimah Allah yang menenggalamkan semua isu di atas.
Aku berharap isu – isu lain turut mendapat perhatian daripada semua pihak terutamanya kehilangan enjin jet yang sebenarnya bagi aku memalukan Negara. Tahap keselamatan Negara kita ‘macam’ boleh dipertikaikan kerana barang sebesar itu dengan mudah dibawa keluar. Sebab itulah agaknya masalah bekalan dadah tak boleh selesai kerana kalau barang sebesar enjin itu boleh bolos, inikan pula dadah yang dibungkus kecik – kecik.
Semoga kesemua isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan jayanya tanpa menimbulkan banyak masalah..
Tuesday, November 24, 2009
Thursday, November 12, 2009
Memang busy sampai nak bukak blog pun tak sempat
Nie tengah tunggu pelajar untuk kelas tambahan Ekonomi Asas
Minggu lepas, janji 2.30 start pukul 3.
Nie dah pukul 3 tak sampai 5 orang yang sampai..
Tak tahulah...
Cikgu yang terlebih risau...
Macam cikgu yang nak amik exam...
Apapun kengkawan, memang terasa bebanan kerja akhir tahun
tapi ada juga nampak cam relax je... mungkin keje die dah siap kot
tak macam aku yang jenis last minute...
tak pelah.. itu bahagian masing - masing..
Ada seminggu lagi nak tutup sekolah... lepas nie
bolehlah rehat lama sikit.
Sunday, November 8, 2009
Monday, November 2, 2009
Sekolah berasaskan etnik kaum ini dikenalpasti menjadi duri dalam daging untuk meneruskan kesinambungan perpaduan kaum. Warisan penjajah yang ketika itu bertujuan memecahbelahkan penduduk di Tanah Melayu terus dipertahankan sehingga ke hari ini.
Apa yang menariknya untuk mengupas isu ini?
Kalau disorot kembali, setiap kali ada pemimpin Melayu yang memperjuangkan bangsa dan agamanya, puak – puak ini akan menuduh pemimpin ini “racist”. Allahyarham Tun Dr Ismail, Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Dr Mahathir, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan antara pemimpin yang sentiasa dituduh sebagai racist. Tun Dr Mahathir sendiri pernah digelar sebagai ULTRAMELAYU oleh pemimpin singapura, Lee Kuan Yew.
Tuduhan racist ini bertujuan supaya orang – orang melayu sebagai pemimpin utama di Negara ini, tidak boleh untuk memajukan kaum melayu sahaja. Pemimpin ini perlu adil kepada semua kaum terutamanya kaum yang mendatang. Apatah lagi di dalam bidang ekonomi, kaum cina dan kaum india lebih kehadapan berbanding dengan kaum melayu. Ini menyebabkan mereka merasakan di atas keringat mereka di dalam bidang ekonomi inilah yang menyebabkan Negara semakin maju.
Kepentingan politik juga sentiasa menjadi halangan utama dalam pembentukan sekolah satu aliran. Sehebat – hebat Dr Mahathir, beliau juga gagal mewujudkan sekolah satu aliran. Sebagai gantinya, kerajaan mewujudkan sekolah wawasan dan juga sekolah integrasi.
Nampaknya, setelah lebih 50 tahun merdeka, tahap hubungan di antara kaum di Malaysia menunjukkan tahap rekahan yang semakin melebar. Ianya umpama menjadi api dalam sekam yang sekiranya tidak ditangani dengan betul, akan menjadi api besar yang membakar hangus.
Kejadian 13 Mei (walaupun ada cerita menyatakan ianya cerita politik), Tragedi Kampung Medan, Kejadian di Masai menunjukkan betapa rapuhnya hubungan kaum di Negara kita. Sekiranya tiada jalan penyelesaian di buat oleh pihak kerajaan, tidak tahu apa yang akan terjadi kepada Negara kita 50 tahun lagi.
Sebenarnya di dalam hal ini, pemimpin yang mempertahankan sekolah berasaskan kaum inilah yang bersifat racist sebenarnya. Mereka sentiasa mementingkan kaum mereka sehinggakan terdapat syarikat yang meletakkan syarat mempunyai kemahiran berbahasa mereka barulah akan diterima bekerja. Bukankah ini racist namanya. Mereka sudah berani meminta itu dan ini. Mereka merasakan DEB dan dasar yang menongkat orang melayu selama ini merupakan dasar yang berat sebelah.
Dengan kuasa ekonomi di tangan mereka, sekarang mereka sudah berani untuk menggugat kuasa politik. Pertaruhan politik menjadi senjata mereka. Mereka mempertaruhkan sokongan di dalam pengundian supaya kerajaan tunduk dan mengikut telunjuk mereka.
Satu cerita benar berlaku di Gemas, setelah selesai Menteri merasmikan kilang, satu sidang akhbar telah di lakukan. Di siding akhbar itu, yang ada hanyalah pemilik kilang yang berketurunan cina, serta 2 orang juruteranya yang berbangsa India. Di dalam siding akhbar itu, pemilik kilang telah berkata,
“Kerajaan patut lebih adil di dalam pembahagian kek ekonomi. Dasar yang memberi kelebihan kepada sesuatu kaum sahaja perlu dihapuskan. Ini akan membolehkan ekonomi berkembang dengan lebih baik lagi. Lagipun sebagai rakyat, kita berhak menikmati semua hak keistimewaan tanpa ada kaum yang mendapat lebih.”
Seorang wartawan bertanya kepada pemilik syarikat tentang kedua – dua juruteranya. Maka dijawab oleh pemilik kilang tadi
“Kedua mereka adalah anak beranak. Yang bapa sudah bekerja dengan saya lebih 20 tahun. Manakala yang anak baru bekerja dengan saya lebih kurang 5 tahun. Saya membayar gaji yang tinggi kepada mereka.”
Wartawan itu bertanya lagi. “Mereka sudah lama bekerja dengan pihak tuan. Kenapa tuan tidak memberikan saham kepada mereka sebagai tanda penghargaan dan menjadikan mereka sama – sama memiliki syarikat ini?”
“ohh mana boleh.. Ini syarikat saya. Saya tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Saya yang bersusah payah membina syarikat ini. Mana boleh senang – senang saya serah kepada orang lain. Saya membayar gaji mereka. Memabayar bonus. Malahan saya tidak mengalang mereka untuk mencari kekayaan melalui cara yang lain!!” jawab pemilik kilang dengan nada tak puas hati!!
Dengan selamba badak, wartawan tadi menjawab “ Begitulah keadaan di Negara ini tuan. Asalnya tanah ini milik Sultan – Sultan dan orang Melayu. Tetapi kaum lain datang mencari rezeki di tanah ini. Kami tidak menghalang tetapi sudah pasti kami tidak akan menyerahkan semua keistimewaan milik kami kepada orang yang mendatang seperti mana tuan tidak mahu menyerahkan syarikat ini kepada orang lain”
Terdiamlah pemilik kilang yang berbangsa cina itu tadi.
Kesimpulannya, saya menyokong hasrat kerajaan untuk mewujudkan sekolah satu aliran. Selagi fahaman kebangsaan dan kaum masih menjadi batu penghalang kepada perpaduan di Negara kita, selagi itu akan ada perasaan saling curiga – mencurigai diantara satu sama lain. Api sekam boleh menjadi semakin marak. Pemimpin yang racist ini perlu ditolak supaya perpaduan menjadi keutaamaan.
Di sinilah, yang patut menjadi paksi kepada perpaduan bukan lagi fahaman perkauman, tetapi Fasal 3 perlembagaan yang sepatutnya diperjelaskan dan dikembangkan fungsi dan kuasanya iaitu ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI.
Saturday, October 31, 2009
Salah satu yang menunjukkan kerajaan prihatin/perihatin (mana satu yang betul?) terhadap rakyat marhain ialah kenderaan yang berusia lebih dari 15 tahun perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM sebelum cukai jalan mereka dapat diperbaharui. Tujuannya baik iaitu supaya rakyat perlu menghabiskan duit mereka untuk terus membeli kereta baru dengan harga yang tinggi dan (sambil – sambil) juga menanggung kos penyelenggaraan kereta nasional yang dijual di luar negara.
Sebelum ini syarikat insurans telah memulakan langkah menyokong hasrat kerajaan dengan menaikkan premium insuran bagi kereta – kereta lama sehinggakan pemilik kenderaan sukar memperbaharui insurans mereka. Apabila insurans tidak ada sudah tentu cukai jalan tidak boleh diperbaharui dan akhirnya kereta tersebut tidak boleh berada di jalan raya.
Usaha bersepadu antara pihak kerajaan dan juga syarikat insurans ini amat perlu dipuji. Ini bagi memastikan industri automatif akan terus berkembang. Sekaligus merancakkan ekonomi di dalam negara. Sekaligus lebih banyak projek dapat diberikan kepada kroni. Lagipun, takkan kereta buruk nak terus berada di jalan raya sedangkan tahap keselamatannya diragui.
Tak mengapa rakyat perlu menghabiskan sebahagian duit gajinya untuk membeli kereta nasional edisi tempatan yang kualitinya masih diragui, ciri keselamatannya tak setanding dengan edisi eksport sedangkan harganya hampir setaraf dengan kereta import.
Untuk pengetahuan kengkawan, Kereta Waja edisi eksport mempunyai 4 airbags, ABS dan pelbagai ciri keselamatan. Full warranty (body, engine, gearbox and everything) untuk kereta Proton di Britain ialah tiga tahun. Dalam masa tiga tahun ini, setiap komponen kereta yang rosak (kecil atau besar) akan ditanggung oleh Proton. Warranty untuk enjin dan gearbox pula ialah enam tahun (sepanjang hayat kereta). Sedangkan di Malaysia kalau nak airbag, kena bayar lebih maaa.. nak jumpa abs memang lagi payah.
Tak mengapa lagi sekiranya pak cik – pak cik yang dah pencen yang dah tak ade slip gaji terpaksa bawa motor sahaja kerana kereta lama mereka tak boleh dihidupkan cukai jalan. Nak beli kereta baru tak de slip gaji.
Bagi aku inilah pengorbanan rakyat Malaysia dalam memastikan ekonomi negara terus berkembang di samping industri automatif akan terus hidup. Pengorbanan ini akan sentiasa dihargai oleh pemimpin negara kita. Paling tidak 4 / 5 tahun sekali. (Waktu nak ngundi le…)
1 Malaysia.
Rakyat didahulukan (untuk dikorbankan)
Pencapaian diutamakan ( untuk kroni dan kengkawan)
Macam biasa, aku sentiasa menyokong apa juga projek kerajaan Malaysia.
Heheheeheh...
Sunday, October 25, 2009
Sebelum berpindah, rasanya semua dah maklum bahawa kita hanya perlu bawa barang yang perlu sahaja. Barang yang tak perlu, bolehlah ditinggalkan di bilik guru lama. Tak perlula kena bawa semua. Pilih dulu kemudian yang penting bawa. Tak payah la nak bawak semua kemudian baru pilih...
Tapi ada yang tak faham rupanya..
Inilah hasilnya….
Cakap lebih – lebih karang orang tak suka ….
Tapi… Lu pikir la sendiri
Ferdinand tak daya nak ngejor Torres.Torres merembat dan gol pertama!!!!
Nie Lucas.. Die tak score pun malam tadi...Gaya je lebih.. Heeheheh
Nie jaringan kedua oleh David Ngog.Walau nama die macam ngok, tapi score gak malam tu
Puas Hati AKu menonton secara langsung perlawanan antara Liverpool dengan Manchester United malam tadi. Sanggup aku tak balik ke Palong Timur malam tu untuk menonton perlawanan tersebut dengan ayahanda tercinta. Bapak aku penyokong Manchester United manakala aku penyokong Liverpool. (Umah mak mertua aku tak de ASTRO la)
Liverpool menang 2 – 0.
Kalau nengok gaya malam tadi memang pening fikir camana boleh kalah 4 perlawanan berturut – turut. Tapi aku rasa Liverpool memang susah nak menang EPL.
Bagi aku rahsia kelemahan terbesar Liverpool terletak pada penaja mereka. Syarikat Arak tu… Bagi aku, itulah punca kenapa Liverpool tak berapa nak menang. MU dah berapa kali tukar penaja, Chelsea juga dah bertukar. Liverpool je yang tak tukar.
Tahun depan mereka telah menandatangani kontrak baru dengan Standard Chartered. Tu pun syarikat perbankan yang ada riba tu. Entahlah boleh menang ke tidak..
Apa pun malam tadi aku tengok, MU banyak bertahan. Liverpool asyik menyerang je. Bila dah score tu punyala puas hati. Satu stadium menjerit kegemberiaan (penyokong Liverpool la) tapi bila gambar tunjuk kat Benitez, die macam selamba badak je, kononnya tenang la tu… Kontrol Macho macam aku… Hehehe..
Lepas menang tu, aku cakap ngan bapak aku, berbaloi tak balik malam nie. Bapak aku terus sound aku.. OOhh tak balik sebab nak tengok bola… Tak daya aku nak menjawabnya… Senyum je la.. Heheheh. Padan muka aku…
So, pagi tu (pagi nie la), dalam kegelapan subuh, aku berangkat balik ke Palong Timur.
Dalam minggu lepas juga, selaku Pengerusi BAKTI, aku telah menyusun susunan bilik guru dan seterusnya menjalankan pengundian tempat duduk. Walaupun ada yang tak berpuashati tapi bagi aku itu perkara biasa kerana kita memang tak dapat nak memuaskan hati semuanya. Ada cikgu yang tidak hadir pada hari pengundian tempat bertanya siapa yang mengundi tempat mereka? Aku menyatakan aku mencabutnya di hadapan rakan – rakan guru yang lain.
Walaupun pindah bilik guru baru, yang tak sedapnya, kami terpaksa mengangkat sendiri meja, buku dan segala khazanah kerana di bilik guru baru tiada meja dan kerusi disediakan. Jadi setelah perbincangan, maka operasi perpindahan akan dijalankan pada sabtu, 24/10/2009.
Dengan yang “kompom” (conform dalam bahasa Inggeris) seramai 22 orang yang tak dapat hadir, pagi itu LDP kali ke-empat dilakukan. Sebelum LDP aku telah memberi taklimat kepada rakan guru supaya hanya meja sahaja yang dipindahkan dahulu. Segala khazanah boleh dipindahkan selepas itu.
Tetapi, apa yang aku lihat, ada rakan guru yang tak sabar nak menyelesaikan proses perpindahan hari tu. Mentang – mentang meja mereka dah selesai diangkat, mereka meminta pertolongan budak yang tak berapa ramai yang menolong mengangkat meja supaya menolong mereka dahulu mengangkat segala khazanah mereka dari bilik guru lama ke bilik guru baru. Seolah – olahnya macam nak melepaskan diri sendiri sahaja.
Itu yang aku naik angin.
Itu yang bikin aku panas.
Memang aku marah.
Aku marah dan meninggikan suara.
Cuma aku tak bukak pencak silat je….
Bukan apa, pelajar yang menolong dah la tak ramai, budak tu nak angkat meja, budak tu nak disuruh angkat buku. Bukan sikit meja beb, 56 buah tu. Bukan ringan pulak. Sebab tu aku minta guru supaya lepaskan perpindahan meja dahulu. Lepas tu, nak suruh budak tu angkat apa pun lantaklah. Janganla lepaskan leher sendiri je… fikirkan rakan – rakan yang lain juga..
Yang member aku lagi sorang pulak memang betul2 bikin gua panas. Orang tengah sibuk angkat meja dia sibuk suruh budak dia angkat maja kaunter. Dah la jalan tu kecik… Heii… Sabo je la kengkawan nie….
Apapun, dalam seminggu nie, kawan – kawan termasuk aku sendiri akan sibuk mengemas. Nasihat saya, janganlah semua nak diangkatnya. Nie meja kayu buruk pun ada yang membawanya ke bilk guru baru. Meminjam kata – kata pengetua, jangan terlalu sentimental. Yang boleh dibuang, buang. Dah la bilik guru baru tu, lebih kecil dari bilik guru lama. Kalau semua nak dibawa… Entahlaahhh.
Saturday, October 24, 2009
Bagaimana bonus ini diberi..
1. Kerajaan telah menaikkan kadar pelepasan cukai bagi diri sendiri dari RM8,000 kepada RM9,000. Ini kira bonus bagi semua pekerja (terutamanya yang membayar cukai). Ini kerana sudah ada RM1,000 lebih di tangan untuk di belanjakan tanpa memikirkan kena cukai. Ini juga bermaksud pendapatan boleh guna pekerja bertambah. Ini kira bonus untuk semua kakitangan tak kira swasta atau kerajaan.
2. Pelepasan cukai KWSP dinaikkan RM1000 lagi. Ini bermakna jumlah pelepasan diri adalah sebanyak RM1000 lagi. So, lagi kurang kena bayar cukai. Makin bertambah duit lagi. Bonus nie pulak kebanyakkan untuk kakitangan swasta. Tapi ada juga untuk kakitangan kerajaan yang amik option KWSP.
3. Bayaran insentif RM500. Ha yang nie kompom untuk kakitangan awam. (semua dapat walaupun kakitangan sokongan dah dapat sebahagiannya awal)
Jadi korang semua, JOHN DOE, RADIO BUGHUK, Ust ZUL, jangan kocik ati yo. Bukan kerajaan tak kasi bonus. Ado bonus yo tu. Kalau ekau nampak la yo.
Adiooooss.
Err sebelum terlupa. CUEPACS pun terima sahaja pemberian bonus nie tanpa ada sebarang masalah. (Rujuk Berita Minggu 25/10/09)
Tuesday, October 20, 2009
Yang pertama ialah kebajikan cikgu. Kalau disusuri, setiap kali aktiviti kurikulum (terutamanya) ianya mesti dilakukan di sebelah petang hari persekolahan. Tetapi selalu juga dilakukan pada hari Sabtu. Baik mesyuarat panitia, kursus peningkatan pedagogi, bengkel pembinaan item dan yang lain jangan harap nak dapat kelepasan pada waktu pagi. Itu kira ok lagi. Sebab masih hari persekolahan.
Baru – baru ini, aku menghadiri Bengkel Penutupan Akaun dengan menggunakan SEKKOP yang diadakan dari 15 – 17 Oktober 2009. Bagi yang tak perasan, 17 Oktober itu adalah Cuti Umum Kerana Deepavali. Surat dikeluarkan oleh pihak JPN Johor pada bulan September lagi. Apabila ada pihak menelepon JPN dan bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab menandatangani surat meminta cikgu menghadiri bengkel ini, jawapannya cukup mudah, TERLEPAS PANDANG. Senang betul jawapannya tanpa memikirkan kebajikan cikgu yang bertugas pada waktu cuti umum. Kalau swasta tu, kena bayar triple tau. Tapi nie buat selamba badak je.
Alasan yang diberikan oleh pihak PPD pula ialah sekiranya dibuat pada waktu pagi, maka ianya akan mengganggu P&P. Sekali nampak memang bagus, tetapi apabila ada latihan sukan, PSKPP dan ko-kurikulum yang lain, tak ada pun masalah latihan dibuat pada waktu pagi. P&P tak terganggu ke? Tak tahulah di mana sifir yang mereka pakai. Kalau dah tak boleh pagi tu, pastikan tiada program boleh dibuat pada waktu pagi. Baru adil.
Yang kedua ialah dari segi pengurusan.
Di sekolah aku, pada hujung minggu ini, akan diadakan LDP tetapi, sehingga kini, tiada sebarang makluman rasmi dikeluarkan oleh pihak sekolah. Kelewatan ini menyebabkan cikgu sudah ada perancangan aktivitinya sendiri pada hujung minggu ini. Sekiranya betul ada LDP, ini menyebabkan mereka terpaksa mengubahnya pada saat akhir.
Akan ada cikgu yang sanggup mengorbankan perancangannya, tetapi akan ada juga cikgu yang meneruskan rancangan dan tidak hadir ke LDP pada hari Sabtu ini. Akhirnya, matlamat program tidak akan tercapai sebab ramai guru yang tidak ada. Yang lebih menyedihkan, YANG TIDAK HADIR TIDAK DIKENAKAN SEBARANG TINDAKAN sedangkan guru – guru lain terpaksa mengorbankan cuti Sabtu ataupun perancangan mereka.
Seharusnya, surat makluman ini, dikeluarkan awal supaya cikgu dapat menguruskan jadual mereka. Memang nampak "simple" tetapi jika dapat diuruskan dengan baik, cikgu akan lebih bersedia.
Sabtu ini juga guru – guru akan memindahkan meja mereka ke bilik guru yang baru. Kalau ramai yang tiada? Entahlah… Kita tengok la.
Justeru, Saya memohon kepada pihak – pihak yang berkenan memandang serius perkara ini.
Pengurusan yang baik menjamin kebajikan guru. Di mana silapnya sehingga kini, masalah ini belum dapat diatasi?
Sunday, October 18, 2009
Ada seorang cina tua menjual sayur dan buah – buahan di satu kampong. Barangan yang dijualnya adalah Terung dan Limau besar. Apabila tiba di sebuah kampong, maka dijeritnya "Telong(yang dari jauh kedengaran seperti tolong) , limau busat (dalam telo cina)" yang bermaksud, terung, limau besar. Orang – orang kampong yang mendengar, terus menyerbu kepada cina tersebut dan bertanya di manakah harimau besar (limau busat) yang ingin memakan cina tersebut, tetapi cina itu menyatakan ia hanya meniaga telung, dan limau besar. Maka baliklah orang kampong. Kejadian ini berulang selama 3 hari. Hari keempat, cina ini terserempak dengan harimau sebenar. Menjeritlah cina ini meminta tolong tetapi tak ada sesiapa yang ingin menolongnya. Maka matilah cina itu dimakan harimau.
Jadi apa kena mengena cerita di atas dengan tajuk posting aku?
Di sekolah aku, ada guru yang tidak pernah @ (kalau ada pun tak lebih 2 kali) menghadiri program hari sabtu. Ketidakhadirannya mencakupi pelbagai program seperti perjumpaan ko-ko, majlis rasmi hari sabtu malahan sewaktu kursus LDP pun tidak ada. Pihak pentadbiran sekolah pula tidak mengambil sebarang tindakan terhadap guru ini walaupun guru ini antara guru baru di sekolah aku.
Alasannya tidak hadir ialah persiapan hendak berkahwin. Satu alasan yang bagi aku terlalu lemah. Ada juga rakan guru aku yang aktif (perempuan) yang turut melangsungkan perkahwinannya tahun ini juga. Tapi tak la seteruk persiapan guru ini. Hari Sabtu rakan aku masih ada. Boleh beri komitmen pulak. Masih ikut berkhemah lagi.
2 minggu lepas, BAKTI menganjurkan program Sambutan Ceria Aidilfitri. Sambutan di buat pada hari Sabtu. Memang ramai yang tak de. Dah tentu la termasuk cikgu nie. So, kawan – kawan aku macam biasa memberikan komentar - komentarnya.
Rupa – rupanya cikgu ini membalas komennya di dilaman mayanya. Boleh tahan bahasanya. Dia cakap dia ada hal. Bagi aku setiap kali dia tak datang memang ada hal. Ini bermaksud, walaupun hal yang perlu di lakukannya itu penting, tetapi disebabkan dia memang selalu tak hadir hari sabtu, orang tak percaya. Senang cakap, orang dah hilang kepercayaan terhadap diri dia.
Jadi, cikgu terbabit sepatutnya tak boleh memarahi orang lain kerana anda memang selalu tiada di hari Sabtu. Cuba kalau ada, orang akan faham, bahawa anda mungkin ada hal. NIe setiap kali sabtu, memang takde. Jadi fikirkan kenapa orang memberi komen negatif terhadap diri anda. Sebaiknya ambil positif komen tersebut dan cuba hadir program sekolah hari sabtu lepas nie (kalau tak mintak@dapat tukar la).
Buat cikgu terbabit, rakan - rakan dan saya sendiri, marilah kita bermuhasabah diri untuk menjadi yang lebih baik.
Siapa makan cili rasa pedas
Siapa makan gula- gula rasa manis
Siapa makan gula nano - nano rasa masam - masam manis
Siapa makan ikan 3 rasa, akan rasa ikan
kau orang sambung la sendiri...
Wednesday, October 14, 2009
Memang best bila ada bengkel/mesyuarat kat hotel. Tapi yang tak bestnya, hari jumaat nie(besok) kengkawan aku kat SMPL semuanya bercuti. John Doe pun sibuk nak cuti. Agaknya nak pegi angkat kabadi kot. Hehehe. Kursus nie abis hari Sabtu.
Apapun Selamat Bercuti kepada semua.
Memang Best kalau asyik cuti ye!
Tuesday, October 13, 2009
2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)
Monday, October 12, 2009
Tahun nie aku rasa kakitangan awam tak payah risau. Cuepacs pun tak payah nak terpekik terlolong meminta ihsan kerajaan nak beri bonus. Tahun nie kompom ada bonus. Kalau tak de bonus, aku belanja diri aku minum teh o ais limau.
Menang beb, menang akhirnya di Bagan Pinang. Ini menunjukkan rakyat telah menerima gagasan 1 Malaysia. Rakyat telah melihat usaha kerajaan untuk menjadi lebih baik sebelum ini. Menjadi pendengar yang baik, untuk menjadi pembantu kepada rakyat yang terbaik. Menang pun bukan sikit - sikit, lebih 5000 majoriti undi tu. Pedulikan calon yang terpilih tu orang perasuah. Pedulikan calon tu penah di gantung jawatan, pedulikan undi pos tu betul ke tidak yang penting menang dengan majoriti yang lebih besar.
Surat khabar dalam dua minggu nie takkan keputusan isu besar. Dalam tempoh 2 minggu nie, akan penuh cerita menang kat Bagan Pinang. Analisis itu, analisis ini. Hari Ahad pula kompom akan ada wawancara dengan VVIP mengulas kemenangan di Bagan Pinang. Ada pulak profesor memberikan pandangan tentang pakatan rakyat dan gagasan 1 Malaysia. Kira 2 minggu nie tak de cerita lain selain menang di Bagan Pinang.
So, nampak tak turning point kat situ.. Bonus tahun nie 1 bulan gaji tu dah kompom dah. Tapi kalau kasi lebih, bertambah - tambahlah bonusnya. Apapaun, aku tetap sokong. Kalau 2 bulan gaji pun aku tak kisah.
Bajet tahun nie macam biasa, bajet rakyat walaupun yang turun direct ke rakyat tak seberapa pun. Apapun, kita tunggu...
Sebagai pihak penganjur, aku nak mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan progam ini. Tak kira secara langsung atau tidak langsung. Buat John Doe, Cikgu Syawal, Wak Lan, Imam Rahman dan dua budak suruhan lower six, kau orang memang best. Walaupun hanya tingal kita je pagi tu, tapi nasi dan lauk dapat disiapkan.
Buat John Doe, aku rasa aku lagi lewat tido dari kau. Kau balik pukul 8.30 pagi terus membuto, tapi aku memang balik pukul 6.30 pagi. Pastu datang semula pukul 7.15 terus direct sampai pukul 1.00. Tapi apapun aku respect kat kau la. Kau berjaya melicinkan daging yang ada kat tulang. Hehehee. Memang sup tulang betul. Aku bersyukur kau selamat dari renjatan letrik malam tu, kiro kebal la juga kau nie. Kalau tak, mahu bertukar majlis besoknya jadi kenduri lain pulak. Hehehehe.
Buat cikgu-cikgu bujang, aku cuma memahami situasi korang yang balik awal. Tapi camanapun aku ucapkan tahniahlah kerana geng pembersihan berjalan dengan baik. Jangan tak caya Sarhan basuh periuk pakai baju raya tu. Ialah, masing - masing ada komitmen dan tugas yang telah diberikan. Pada Cikgu Zakaria, gua tabik spring sama lu. Walaupun dengan berbaju pagoda, periuk bersih beb. Roslan, tak sia - sia aku lantik kau jadi ketua tukang pembersihan. Tahun depan, geng nie boleh dikekalkan.
Buat Cikgu Syawal, terima kasih. Memang boleh nampak komitmen dan usaha cikgu untuk menjayakan majlis nie. Walaupun dan masuk veteran, aku respek sebab dia boleh stay sepanjang malam. (Dalam hal nie, cikgu yang bujang dan muda kena malu dan segan la).
Tak lupa ku dedikasikan juga coretan ini untuk Zarizi selaku penyelaras, Sabri bahagian persiapan tempat, Azwiyah dan Siti kerana tak balik kg hari tu.
Buat semua, terima kasih daun keladi, kalau ada program kita bekerjasama lagi.
P/S : Catatan ini lewat dikeluarkan sebab semalam aku ada 6 waktu. So bila dah lewat di publishkan semangat nak mengarang panjang macam John Doe dah kureng sikit...Jgn Mare haaa





