skip to main | skip to sidebar

LAXMANAJEBAT

DARI PANDANGAN SISI .....

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Wednesday, September 16, 2009

Keta F1 1Malaysia....

Posted by CHIEFFZUL at 7:32 PM
Dalam sehari dua nie, Kalau baca surat khabar kita akan baca hasrat kerajaan untuk menubuhkan pasukan lumba kereta F1 1Malaysia.

Aku memang menyokong penuh hasrat kerajaan nie.. Bukan sekadar F1, kerajaan juga perlu menubuhkan pasukan lumba motornya sendiri. Kalau boleh bertanding untuk 500cc punya barulah gempak.

Bukan apa, bila dah ada pasukan sendiri nie, kita boleh memperkenalkan nama negara kita di serata dunia. Bayangkan setiap kali ada pertandingan kereta F1 dan juga GP motor, mereka boleh melihat pasukan 1Malaysia bertanding. Memang glamer gila sebab 1 dunia ada siaran langsung atau siaran tertunda. Tak perlu kerajaan mengeluarkan banyak belanja buat promosi memperkenalkan Malaysia. Labur je dalam projek nie pasti berbaloi.Kahkahkah

Tak kira berapa kos, aku setuju sangat. Hari nie keluar surat khabar..utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Promoter pasukan F1 1Malaysia akan membuat pelaburan awal sebanyak 10 juta pound (RM57.62 juta) sebelum dipertingkatkan kepada 30 juta pound (RM172.86 juta) dalam persediaannya menghadapi perlumbaan Formula Satu pada tahun depan.

Bagi aku 30 juta pound tak cukup. Kalau boleh tambah lagi kepada 100 atau 200 juta pound. Biar terkenal Malaysia nie.. Kalau tak cukup duit, kerajaan bolehlah menaikkan harga minyak (bagi kurangkan beban subsidi) atau menaikkan harga kereta Proton. (dengan kualiti yang sama) supaya dana nie dapat dicukupkan.

Barulah waktu tu, harga barang akan melambung tinggi, dan ketika itulah baru kita rasa duduk di Malaysia nie macam di Las Vegas. Taraf dunia tu beb. Itulah hasrat kerajaan yang perlu kita sokong. Nak menjadikan Malaysia negara maju. Negara maju tak kan nak belacan RM1. Takkan nak beli beras RM20 untuk 10 kilo. Paling tidak mestilah RM50 untuk 10 kilo beras. Baru lah world kata mawi... Kahkahkah

Untuk menyatakan sokongan lagi, CUEPACS jangan minta bonus la untuk kakitangan awam. Kalau tidak nanti, kerajaan tidak cukup dana nak menubuhkan pasukan F1 1Malaysia yang akan kita banggakan. Biar kakitangan duit tak cukup janji nama Malaysia terkenal di seantero dunia. Kahkahkah..

Bak kate orghang Perak... "Bior pape asal bergaye"...

KAHKAHKAHKAH....
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Raya ... Raya juga...

Posted by CHIEFFZUL at 7:08 PM
Pertama Kali aku sekeluarga (Fieza dan Wafiy) nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua kengkawan dan yang mengenali diri aku nie..

Aku percaya petang nie, ramai kengkawan aku yang duduk jauh seperti Kelantan, dan Terengganu, Kedah (Sabri) akan berangkat pulang ke kampung. Jadi bawak kereta tu berhati - hatilah. Pastikan kenderaan telah diperiksa. Mana yang belum servis tu servis la dulu. Kalau ngantuk, rehat la dulu, Jangan ingat nak sampai kat kampung cepat je. Nanti, ada orang tolong hantar balik ke kampung baru tahu.

Buat kawan aku yang baru pakai kereta, kira raya nie bolelah beraya sakan. Tapi pastikan kau konfiden (ayat bahasa inggeris yang dimelayukan) bawak keta tu. Jangan kau tersalah masuk dalam petak sawah udah la. (Jgan Mare haaa)

Untuk tahun nie, suasana nak menyambut raya nampak tak berapa meriah. Terasa kesuramannya. Walaupun kalau pegi ke Taman Utama tu malam - malam, memang ramai tapi kesuramannya tetap di rasa. Mungkin penangan H1N1 menyebabkan begitu.

Tapi aku rasa, ketiadaan bonus dan kenaikan harga minyak turut menyumbang masalah nie. Perbelanjaan terpaksa dicatu. Kalau tidak lepas raya pening kepala nak fikir perbelanjaan nak cekau duit kat mana. Yang ramai anak tu bolehlah kelentong ngan anak supaya serah duit raya pada mak bapak. Tapi yang tak de anak atau baru sorang anak, tak cukup maaa.

Memang gaji seterusnya 10.10.2009 (kalau tak silap) tapi, gaji bulan NOvember adalah pada 25.11 .2009 dekat 45 hari tu). Jadi pada kengkawan, aku mengingatkan diri aku dan juga mengingatkan pada kengkawan supaya berjimat dalam perbelanjaan. Kalau tak, pening kita nanti.

Akhirul kalam, beraya ... raya lah juga tapi kawal diri semasa perbelanjaan dan juga semasa membawa kereta.

Salam beraya kepada anda semua...

Jangan lupa yea, cuti hari Jumaat (besok) tu tak payah ganti.
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, September 14, 2009

Kerepek Ikan Bilis

Posted by CHIEFFZUL at 9:38 PM
Inilah kuih feveret (Ayat bahasa Inggeris yang di Melayukan)aku. Semenjak aku mengenali kuih ini tiadalah aku minat kuih lain seperti mana akau meminati kuih ini. Punyalah minat aku pada kuih nie sampaikan serdak kuih nie akau akan makan bersama -sama nasik. Memang sedap. Tuhan je yang tahu.

Tapi nak buat kuih nie, memang leceh. Bini aku merungut nak siapkan kuih nie. Tapi apa nak buat, dah bini aku, buat jela untuk suami terchenta. Kalau penat buat sorang - sorang, nanti aku carikan kawan. Camana yang? Ok tak? Hehehehe.

Bahan asas nak buat kerepek ikan bilis nie dan tentula ikan bilis. Takkan ikan yu atau haruan pulak. Yang lainnya ialah tepung, mentega dan juga daun sup. Tak lupa juga bawang kecik.

Mula - mula ikan bilis perlu dikopek dan kemudiannya dimesin hancur. Begitu juga dengan bawang merah, di kopek dan dimesin hancur. Kedua - duanya perlu dibasuh dahulu sebelum dimesin hancur. Jangan kau basuh pakai dynamo udah la.

Tepung kemudiannya digaul dengan planta supaya sebati dan menjadi kekuning - kuningan. Bab ini yang memerlukan skill yang tinggi dan tangan yang bersih. Skil penting supaya tepung tidak terlalu lembik dan tangan yang bersh tu kauorag faham - faham sendiri la yea.

Kemudiannya, daun bawang dihiris kecil dan dimasukkan ke dalam adunan. Begitu juga dengan ikan bilis hancur tadi. Masukkan pula bawang sdikit demi sedikit dan kesemuanya digaul hingga menjadi doh.

Doh itu kemudiannya digelek, dan digulung. Untuk memudahkan proses pemotongan, gulungan tadi (bukan golongan yea) perlulah dimasukkan ke dalam peti sejuk tempat beku. Ialah bila dan beku senang la potong.

Gulungan yang dah keras tadi kemudiannya perlu hiris nipis - nipis. Hirisan ini kemudiannya digoreng.

Adakah anda fikir itu proses yang terakhir, anda adalah silap. Proses seterusnya ialah memasukkan hirisan yang dah digoreng tadi ke dalam telap, ataupun boleh terus dimasukkan ke dalam mulut bagi yang tidak berpuasa.

Untuk proses yang lain, boleh la tanya dengan cikgu biologi apa yang berlaku setelah kuih tu masuk dalam mulut. Bagi yang dalam telap, boleh tanya pada saya sendiri.

Memang panjang prosesnya. Tapi bila dah siap, memang ramai yang minat. Tu yang nak buat kuih nie memang kena ramai - ramai. Kalu buat sorang - sorang, memang menangisla. Hehehehe.
4 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sambutan Lembaran

Posted by CHIEFFZUL at 9:09 PM
Sabtu minggu lepas, aku sekeluarga balik ke kampung. Turut sama balik kampung hari tu adalah kakak sulung dan kakak no.3 aku. Along aku balik lewat, petang sabtu baru tiba. Ateh aku malam Jumaat tu dah tiba kat kampung.

Pagi hari sabtu tu, kitaorang buat 3 jenis kuih serentak. Memang kecoh dan kepoh. Paling sibuk dah tentu la anak aku yang baru nak merasai pengalaman menyebuk semasa oarang buat kuih raya. (Tahun lepas Wafiy belum boleh jalan lagi, jadi tak dela dia nak tengok apa yang orang buat)

Ateh, bini aku dan aku mula - mula buat kuih "feveret" aku la. Kerepek ikan bilis. Bila dah siap uli tepung, Ateh aku buat biskut corn-flake pulak. Dalam waktu yang sama, adik aku buat biskut telur rebus.

Memang meriah.

Seronok sebenarnya bila buat kuih ramai - ramai nie. Memang penat tapi berbaloi bila tengok kuih dan siap. Lepas berbuka je, anak - anak buah aku dengan selambe je ambik sorang satu telap bawak gi depan tv. Tengok tv sambil makan kuih. Menjerit la kakak aku.

Korang dah buat kuih raya atau buat kuih tunjuk - tunjk je? Kalau banyak masyuuuuk, boleh la tunjuk. Kalau tak, buat le sendiri.
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, September 9, 2009

Tiadakah mereka berfikir?

Posted by CHIEFFZUL at 5:10 PM
Malam tadi aku pergi ke Labis...

Setelah berbuka, aku mengambil minyak di Stesen Minyak Petronas yang lama. (Di Labis ada dua stesen minyak petronas, satu yang baru sahaja dibuka). Aku dapati minyak yang ada hanyalah minyak RON95. Tiada RON97 di situ.

Apabila aku bertanya kepada cashier, dia meyatakan bahawa di Segamat hanya Stesen Minyak Petronas Segamat Baru sahaja yang ada menjual minyak RON97, yang lainnya hanyalah RON95 sahaja dijual. Katanya lagi, ini adalah arahan pihak pengurusan Petronas berdasarkan jumlah jualan minyak di stesen minyak mereka.

Nampaknya Petronas sendiri menyedari bahawa ramai orang tidak mampu untuk mengisi minyak premium RON97 yang berhara RM2.05 seliter. Tapi kenapa ada pihak yang tidak sedar akan perkara ini.

Kata keramat "RAKYAT DIDAHULUKAN" hanyalah frasa yang merujuk kepada dalam apa - apa hal, yang perlu di'korban'kan terlebih dahulu adalah rakyat.

Ini terbukti dengan beberapa "MUTIARA KATA" pemimpin negara kita seperti :
1. Rakyat perlu mengubah cara hidup
2. Rakyat perlu bertanya apa sumbangan mereka kepada negara bukannya bertanya apa sumbangan negara kepada kita.
3. Kenaikan harga minyak tidak menyebabkan kenaikan harga barang.
4. Peniaga jangan naikkan harga barang walaupun harg minyak meningkat.

Yang lebih sedih, kenaikan ini dilakukan ketika umat islam sedang berpuasa dan sedang menyediakan persiapan untuk menyambut hari raya. Banyak perbelanjaan yang diperlukan dan kenaikan harga minyak akan menambah beban mereka.

Tak terfikirkah mereka yang bertanggungjawab untuk menaikkan harga minyak ini, supaya menangguhkan kenaikan harga minyak sehingga rakyat dapat "lebih bergembira" di hari lebaran. Tiada hati dan perasaankah mereka.

Inikah pemimpin yang berjiwa rakyat yang kita katakan?
Inikah pemimpin yang di katakan tidak mementingkan protokol ketika membuat lawatan?
Inikah pemimpin yang boleh kita harapkan untuk menyelami nadi dan kesusahan rakyat?
Inikah jenis pemimpin yang kita mahu dan kita pertahankan? Dan adakah,

Ini erti sebenar frasa "RAKYAT DIDAHULUKAN"

Tiadakah mereka berfikir?????
1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, August 28, 2009

KEMBALI DARI PERTAPAAN

Posted by CHIEFFZUL at 12:29 AM
Salam Ramadhan Kepada Kawan kawan

Aku dah kembali dari bertapa...

Semoga semuanya sukses...

dan enjoy blog aku ini...
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, May 7, 2009

Tak terusikkan jiwa dan minda melihat adegan ini?

Posted by CHIEFFZUL at 8:22 PM
TUMPAT 7 Mei – Ibu hamil yang terbunuh dalam kejadian ragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh, Kota Bharu semalam, tidak menyimpan wang yang banyak di dalam begnya - hanya dompet usang berisi RM2.

Apa yang menyedihkan ialah wanita malang itu, Saripah Mohd. Noor, 34, berhasrat untuk menggunakan wang tersebut yang dipinjam daripada saudaranya bagi membeli makanan ringan buat anak-anaknya.

Malangnya, beg tangan yang disandang mangsa semasa menunggang motosikal bersendirian sejauh 60 kilometer dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah di sini ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok menjadi sasaran peragut sehingga mengakibatkan dia terbunuh.

Menurut ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, allahyarham sebelum itu meminjam wang RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumah bagi mengambil salah seorang daripada tiga anaknya yang ditinggalkan bersama suami.

“Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal.

JEBAT: Sedih dan terharu melihat anak kecil yang tidak tahu apa telah kehilagan orang tersayang. Pihak berkuasa perlu lebih bertanggungjawab membenteras jenayah. Ya - Allah, kau tabahkanlah hati mereka dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ibu mereka.

“Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Bedullah hari ini.$
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ▼  2010 (5)
    • ▼  August (2)
      • Benarlah kata orang, zaman belajar di bangku sekol...
      • PENGUMUMAN
    • ►  May (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (51)
    • ►  November (4)
    • ►  October (16)
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2008 (12)
    • ►  November (6)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)

Followers

Alamat Penting

  • CikGu Skema
  • John Doe
  • Pengetua SMPL
  • Ah Chun
  • Harakah
  • Malaysiakini

Text

Followers

PENULIS

Zulkarnain Ab Halim merupakan seorang pendidik di Segamat. Segala catatan ini merupakan pandangan peribadi beliau.
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com