skip to main | skip to sidebar

LAXMANAJEBAT

DARI PANDANGAN SISI .....

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Monday, January 4, 2010

Kecoh dan terus kecoh..

Posted by CHIEFFZUL at 5:31 PM

Sebelum aku mulakan lorekan jejari aku ini di papan kekunci elektronik ini, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru dan selamat kembali ke sekolah kepada rakan – rakan sekalian.


Hujung tahun 2009 dan awal tahun 2010 nampaknya menunjukkan keadaan yang kurang tenang di dalam Negara. Banyak perkara yang mengocak ketenangan Negara. Di sini aku senarai beberapa isu yang aku maksudkan :

1. Kecurian enjin jet kapal terbang

2. Kenaikan harga gula sebanyak RM0.20/kg

3. Pengenalan harga minima rokok

4. Isu penggunaan bas sekolah yang melebihi 30 tahun

5. Isu lebihan guru

6. Dan yang sekarang ini melanda di semua isu penggunaan kalimah Allah yang menenggalamkan semua isu di atas.


Aku berharap isu – isu lain turut mendapat perhatian daripada semua pihak terutamanya kehilangan enjin jet yang sebenarnya bagi aku memalukan Negara. Tahap keselamatan Negara kita ‘macam’ boleh dipertikaikan kerana barang sebesar itu dengan mudah dibawa keluar. Sebab itulah agaknya masalah bekalan dadah tak boleh selesai kerana kalau barang sebesar enjin itu boleh bolos, inikan pula dadah yang dibungkus kecik – kecik.


Semoga kesemua isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan jayanya tanpa menimbulkan banyak masalah..

0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, November 24, 2009

PAHLAWAN MELAYU BARU

Posted by CHIEFFZUL at 4:07 AM
Jamaludin seperti ‘pahlawan Melayu’ serah watikah kepada Obama
Utusan Malaysia - 23/11/2009

Inilah dia rupanya pahlawan melayu, tetapi sayang, gagal mendidik anak dan isteri supaya menjadi serikandi melayu.

Ya- Allah, kau jadikanlah diriku, isteriku, zuriat keturunanku menjadi orang yang soleh dan solehah. Kau berikanlah juga kesedaran kepada saudaraku ini... Amin...
2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, November 12, 2009

Relax kejap

Posted by CHIEFFZUL at 11:11 PM
Dah lama tak post sebarang isu...
Memang busy sampai nak bukak blog pun tak sempat

Nie tengah tunggu pelajar untuk kelas tambahan Ekonomi Asas

Minggu lepas, janji 2.30 start pukul 3.

Nie dah pukul 3 tak sampai 5 orang yang sampai..

Tak tahulah...

Cikgu yang terlebih risau...

Macam cikgu yang nak amik exam...

Apapun kengkawan, memang terasa bebanan kerja akhir tahun

tapi ada juga nampak cam relax je... mungkin keje die dah siap kot

tak macam aku yang jenis last minute...

tak pelah.. itu bahagian masing - masing..

Ada seminggu lagi nak tutup sekolah... lepas nie

bolehlah rehat lama sikit.
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, November 8, 2009

Minda Terbuka....

Posted by CHIEFFZUL at 4:14 PM
Sekadar berkongsi :

Surat Khabar Mingguan Malaysia - 08/11/2009

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Surat Khabar Berita Minggu - 08/11/2009

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20091108013343/Article/index_html
2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, November 2, 2009

SEKOLAH SATU SESI...SATU KUPASAN

Posted by CHIEFFZUL at 6:11 AM
Antara isu hangat yang dibincangkan pada mingu ini adalah cadangan untuk mengadakan untuk melaksanakan sekolah 1 aliran. Sekiranya dasar ini dilaksanakan ini bermakna sudah tiada lagi sekolah berasakan kaum iaitu SJK (Cina) atau SJK (Tamil).

Sekolah berasaskan etnik kaum ini dikenalpasti menjadi duri dalam daging untuk meneruskan kesinambungan perpaduan kaum. Warisan penjajah yang ketika itu bertujuan memecahbelahkan penduduk di Tanah Melayu terus dipertahankan sehingga ke hari ini.

Apa yang menariknya untuk mengupas isu ini?

Kalau disorot kembali, setiap kali ada pemimpin Melayu yang memperjuangkan bangsa dan agamanya, puak – puak ini akan menuduh pemimpin ini “racist”. Allahyarham Tun Dr Ismail, Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Dr Mahathir, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan antara pemimpin yang sentiasa dituduh sebagai racist. Tun Dr Mahathir sendiri pernah digelar sebagai ULTRAMELAYU oleh pemimpin singapura, Lee Kuan Yew.

Tuduhan racist ini bertujuan supaya orang – orang melayu sebagai pemimpin utama di Negara ini, tidak boleh untuk memajukan kaum melayu sahaja. Pemimpin ini perlu adil kepada semua kaum terutamanya kaum yang mendatang. Apatah lagi di dalam bidang ekonomi, kaum cina dan kaum india lebih kehadapan berbanding dengan kaum melayu. Ini menyebabkan mereka merasakan di atas keringat mereka di dalam bidang ekonomi inilah yang menyebabkan Negara semakin maju.

Kepentingan politik juga sentiasa menjadi halangan utama dalam pembentukan sekolah satu aliran. Sehebat – hebat Dr Mahathir, beliau juga gagal mewujudkan sekolah satu aliran. Sebagai gantinya, kerajaan mewujudkan sekolah wawasan dan juga sekolah integrasi.

Nampaknya, setelah lebih 50 tahun merdeka, tahap hubungan di antara kaum di Malaysia menunjukkan tahap rekahan yang semakin melebar. Ianya umpama menjadi api dalam sekam yang sekiranya tidak ditangani dengan betul, akan menjadi api besar yang membakar hangus.

Kejadian 13 Mei (walaupun ada cerita menyatakan ianya cerita politik), Tragedi Kampung Medan, Kejadian di Masai menunjukkan betapa rapuhnya hubungan kaum di Negara kita. Sekiranya tiada jalan penyelesaian di buat oleh pihak kerajaan, tidak tahu apa yang akan terjadi kepada Negara kita 50 tahun lagi.

Sebenarnya di dalam hal ini, pemimpin yang mempertahankan sekolah berasaskan kaum inilah yang bersifat racist sebenarnya. Mereka sentiasa mementingkan kaum mereka sehinggakan terdapat syarikat yang meletakkan syarat mempunyai kemahiran berbahasa mereka barulah akan diterima bekerja. Bukankah ini racist namanya. Mereka sudah berani meminta itu dan ini. Mereka merasakan DEB dan dasar yang menongkat orang melayu selama ini merupakan dasar yang berat sebelah.

Dengan kuasa ekonomi di tangan mereka, sekarang mereka sudah berani untuk menggugat kuasa politik. Pertaruhan politik menjadi senjata mereka. Mereka mempertaruhkan sokongan di dalam pengundian supaya kerajaan tunduk dan mengikut telunjuk mereka.

Satu cerita benar berlaku di Gemas, setelah selesai Menteri merasmikan kilang, satu sidang akhbar telah di lakukan. Di siding akhbar itu, yang ada hanyalah pemilik kilang yang berketurunan cina, serta 2 orang juruteranya yang berbangsa India. Di dalam siding akhbar itu, pemilik kilang telah berkata,

“Kerajaan patut lebih adil di dalam pembahagian kek ekonomi. Dasar yang memberi kelebihan kepada sesuatu kaum sahaja perlu dihapuskan. Ini akan membolehkan ekonomi berkembang dengan lebih baik lagi. Lagipun sebagai rakyat, kita berhak menikmati semua hak keistimewaan tanpa ada kaum yang mendapat lebih.”

Seorang wartawan bertanya kepada pemilik syarikat tentang kedua – dua juruteranya. Maka dijawab oleh pemilik kilang tadi

“Kedua mereka adalah anak beranak. Yang bapa sudah bekerja dengan saya lebih 20 tahun. Manakala yang anak baru bekerja dengan saya lebih kurang 5 tahun. Saya membayar gaji yang tinggi kepada mereka.”

Wartawan itu bertanya lagi. “Mereka sudah lama bekerja dengan pihak tuan. Kenapa tuan tidak memberikan saham kepada mereka sebagai tanda penghargaan dan menjadikan mereka sama – sama memiliki syarikat ini?”

“ohh mana boleh.. Ini syarikat saya. Saya tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Saya yang bersusah payah membina syarikat ini. Mana boleh senang – senang saya serah kepada orang lain. Saya membayar gaji mereka. Memabayar bonus. Malahan saya tidak mengalang mereka untuk mencari kekayaan melalui cara yang lain!!” jawab pemilik kilang dengan nada tak puas hati!!

Dengan selamba badak, wartawan tadi menjawab “ Begitulah keadaan di Negara ini tuan. Asalnya tanah ini milik Sultan – Sultan dan orang Melayu. Tetapi kaum lain datang mencari rezeki di tanah ini. Kami tidak menghalang tetapi sudah pasti kami tidak akan menyerahkan semua keistimewaan milik kami kepada orang yang mendatang seperti mana tuan tidak mahu menyerahkan syarikat ini kepada orang lain”

Terdiamlah pemilik kilang yang berbangsa cina itu tadi.

Kesimpulannya, saya menyokong hasrat kerajaan untuk mewujudkan sekolah satu aliran. Selagi fahaman kebangsaan dan kaum masih menjadi batu penghalang kepada perpaduan di Negara kita, selagi itu akan ada perasaan saling curiga – mencurigai diantara satu sama lain. Api sekam boleh menjadi semakin marak. Pemimpin yang racist ini perlu ditolak supaya perpaduan menjadi keutaamaan.

Di sinilah, yang patut menjadi paksi kepada perpaduan bukan lagi fahaman perkauman, tetapi Fasal 3 perlembagaan yang sepatutnya diperjelaskan dan dikembangkan fungsi dan kuasanya iaitu ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI.
16 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, October 31, 2009

DASAR AUTOMATIF KERAJAAN.. Satu pandangan dari sisi rakyat marhain

Posted by CHIEFFZUL at 5:02 AM
Dasar Automatif Negara (DAN) yang telah diperhalusi akhirnya diumumkan kepada rakyat. Seperti biasa, di dalam sesuatu dasar yang baru diperkenalkan, bertepatan dengan konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan.

Salah satu yang menunjukkan kerajaan prihatin/perihatin (mana satu yang betul?) terhadap rakyat marhain ialah kenderaan yang berusia lebih dari 15 tahun perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM sebelum cukai jalan mereka dapat diperbaharui. Tujuannya baik iaitu supaya rakyat perlu menghabiskan duit mereka untuk terus membeli kereta baru dengan harga yang tinggi dan (sambil – sambil) juga menanggung kos penyelenggaraan kereta nasional yang dijual di luar negara.

Sebelum ini syarikat insurans telah memulakan langkah menyokong hasrat kerajaan dengan menaikkan premium insuran bagi kereta – kereta lama sehinggakan pemilik kenderaan sukar memperbaharui insurans mereka. Apabila insurans tidak ada sudah tentu cukai jalan tidak boleh diperbaharui dan akhirnya kereta tersebut tidak boleh berada di jalan raya.

Usaha bersepadu antara pihak kerajaan dan juga syarikat insurans ini amat perlu dipuji. Ini bagi memastikan industri automatif akan terus berkembang. Sekaligus merancakkan ekonomi di dalam negara. Sekaligus lebih banyak projek dapat diberikan kepada kroni. Lagipun, takkan kereta buruk nak terus berada di jalan raya sedangkan tahap keselamatannya diragui.

Tak mengapa rakyat perlu menghabiskan sebahagian duit gajinya untuk membeli kereta nasional edisi tempatan yang kualitinya masih diragui, ciri keselamatannya tak setanding dengan edisi eksport sedangkan harganya hampir setaraf dengan kereta import.

Untuk pengetahuan kengkawan, Kereta Waja edisi eksport mempunyai 4 airbags, ABS dan pelbagai ciri keselamatan. Full warranty (body, engine, gearbox and everything) untuk kereta Proton di Britain ialah tiga tahun. Dalam masa tiga tahun ini, setiap komponen kereta yang rosak (kecil atau besar) akan ditanggung oleh Proton. Warranty untuk enjin dan gearbox pula ialah enam tahun (sepanjang hayat kereta). Sedangkan di Malaysia kalau nak airbag, kena bayar lebih maaa.. nak jumpa abs memang lagi payah.

Tak mengapa lagi sekiranya pak cik – pak cik yang dah pencen yang dah tak ade slip gaji terpaksa bawa motor sahaja kerana kereta lama mereka tak boleh dihidupkan cukai jalan. Nak beli kereta baru tak de slip gaji.

Bagi aku inilah pengorbanan rakyat Malaysia dalam memastikan ekonomi negara terus berkembang di samping industri automatif akan terus hidup. Pengorbanan ini akan sentiasa dihargai oleh pemimpin negara kita. Paling tidak 4 / 5 tahun sekali. (Waktu nak ngundi le…)

1 Malaysia.
Rakyat didahulukan (untuk dikorbankan)
Pencapaian diutamakan ( untuk kroni dan kengkawan)

Macam biasa, aku sentiasa menyokong apa juga projek kerajaan Malaysia.
Heheheeheh...
3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, October 25, 2009

LU PIKIR LA SENDIRI.....

Posted by CHIEFFZUL at 11:49 PM





Sebelum berpindah, rasanya semua dah maklum bahawa kita hanya perlu bawa barang yang perlu sahaja. Barang yang tak perlu, bolehlah ditinggalkan di bilik guru lama. Tak perlula kena bawa semua. Pilih dulu kemudian yang penting bawa. Tak payah la nak bawak semua kemudian baru pilih...

Tapi ada yang tak faham rupanya..

Inilah hasilnya….

Cakap lebih – lebih karang orang tak suka ….

Tapi… Lu pikir la sendiri
3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ▼  2010 (5)
    • ▼  August (2)
      • Benarlah kata orang, zaman belajar di bangku sekol...
      • PENGUMUMAN
    • ►  May (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (51)
    • ►  November (4)
    • ►  October (16)
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2008 (12)
    • ►  November (6)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)

Followers

Alamat Penting

  • CikGu Skema
  • John Doe
  • Pengetua SMPL
  • Ah Chun
  • Harakah
  • Malaysiakini

Text

Followers

PENULIS

Zulkarnain Ab Halim merupakan seorang pendidik di Segamat. Segala catatan ini merupakan pandangan peribadi beliau.
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com