Tuesday, May 25, 2010
Sebagai rakyat marhaen, aku mengharapkan Negara kita akan terus maju dan makmur serta sentiasa di dalam keredhaan-Nya.
Jadi apakah isunya kali ini…
Izinkan aku untuk memberi pandangan terhadap beberapa perkara…
Buat kawan – kawan,
Alhamdulillah, setelah lama terperap, akhirnya saya kembali menulis di alam cyber…
Banyak isu yang berlaku akhir – akhir ini….
Seronok juga kalau kita sama – sama memberikan pandangan, idea mahupun pendapat walaupun kita tahu siapalah kita dalam memberikan pandangan itu…
Apapun, apa juga pandangan saya adalah kerana sayangnya saya kepada agama, bangsa dan Negara.
Monday, January 4, 2010
Sebelum aku mulakan lorekan jejari aku ini di papan kekunci elektronik ini, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru dan selamat kembali ke sekolah kepada rakan – rakan sekalian.
Hujung tahun 2009 dan awal tahun 2010 nampaknya menunjukkan keadaan yang kurang tenang di dalam Negara. Banyak perkara yang mengocak ketenangan Negara. Di sini aku senarai beberapa isu yang aku maksudkan :
1. Kecurian enjin jet kapal terbang
2. Kenaikan harga gula sebanyak RM0.20/kg
3. Pengenalan harga minima rokok
4. Isu penggunaan bas sekolah yang melebihi 30 tahun
5. Isu lebihan guru
6. Dan yang sekarang ini melanda di semua isu penggunaan kalimah Allah yang menenggalamkan semua isu di atas.
Aku berharap isu – isu lain turut mendapat perhatian daripada semua pihak terutamanya kehilangan enjin jet yang sebenarnya bagi aku memalukan Negara. Tahap keselamatan Negara kita ‘macam’ boleh dipertikaikan kerana barang sebesar itu dengan mudah dibawa keluar. Sebab itulah agaknya masalah bekalan dadah tak boleh selesai kerana kalau barang sebesar enjin itu boleh bolos, inikan pula dadah yang dibungkus kecik – kecik.
Semoga kesemua isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan jayanya tanpa menimbulkan banyak masalah..
Tuesday, November 24, 2009
Thursday, November 12, 2009
Memang busy sampai nak bukak blog pun tak sempat
Nie tengah tunggu pelajar untuk kelas tambahan Ekonomi Asas
Minggu lepas, janji 2.30 start pukul 3.
Nie dah pukul 3 tak sampai 5 orang yang sampai..
Tak tahulah...
Cikgu yang terlebih risau...
Macam cikgu yang nak amik exam...
Apapun kengkawan, memang terasa bebanan kerja akhir tahun
tapi ada juga nampak cam relax je... mungkin keje die dah siap kot
tak macam aku yang jenis last minute...
tak pelah.. itu bahagian masing - masing..
Ada seminggu lagi nak tutup sekolah... lepas nie
bolehlah rehat lama sikit.
Sunday, November 8, 2009
Monday, November 2, 2009
Sekolah berasaskan etnik kaum ini dikenalpasti menjadi duri dalam daging untuk meneruskan kesinambungan perpaduan kaum. Warisan penjajah yang ketika itu bertujuan memecahbelahkan penduduk di Tanah Melayu terus dipertahankan sehingga ke hari ini.
Apa yang menariknya untuk mengupas isu ini?
Kalau disorot kembali, setiap kali ada pemimpin Melayu yang memperjuangkan bangsa dan agamanya, puak – puak ini akan menuduh pemimpin ini “racist”. Allahyarham Tun Dr Ismail, Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Dr Mahathir, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan antara pemimpin yang sentiasa dituduh sebagai racist. Tun Dr Mahathir sendiri pernah digelar sebagai ULTRAMELAYU oleh pemimpin singapura, Lee Kuan Yew.
Tuduhan racist ini bertujuan supaya orang – orang melayu sebagai pemimpin utama di Negara ini, tidak boleh untuk memajukan kaum melayu sahaja. Pemimpin ini perlu adil kepada semua kaum terutamanya kaum yang mendatang. Apatah lagi di dalam bidang ekonomi, kaum cina dan kaum india lebih kehadapan berbanding dengan kaum melayu. Ini menyebabkan mereka merasakan di atas keringat mereka di dalam bidang ekonomi inilah yang menyebabkan Negara semakin maju.
Kepentingan politik juga sentiasa menjadi halangan utama dalam pembentukan sekolah satu aliran. Sehebat – hebat Dr Mahathir, beliau juga gagal mewujudkan sekolah satu aliran. Sebagai gantinya, kerajaan mewujudkan sekolah wawasan dan juga sekolah integrasi.
Nampaknya, setelah lebih 50 tahun merdeka, tahap hubungan di antara kaum di Malaysia menunjukkan tahap rekahan yang semakin melebar. Ianya umpama menjadi api dalam sekam yang sekiranya tidak ditangani dengan betul, akan menjadi api besar yang membakar hangus.
Kejadian 13 Mei (walaupun ada cerita menyatakan ianya cerita politik), Tragedi Kampung Medan, Kejadian di Masai menunjukkan betapa rapuhnya hubungan kaum di Negara kita. Sekiranya tiada jalan penyelesaian di buat oleh pihak kerajaan, tidak tahu apa yang akan terjadi kepada Negara kita 50 tahun lagi.
Sebenarnya di dalam hal ini, pemimpin yang mempertahankan sekolah berasaskan kaum inilah yang bersifat racist sebenarnya. Mereka sentiasa mementingkan kaum mereka sehinggakan terdapat syarikat yang meletakkan syarat mempunyai kemahiran berbahasa mereka barulah akan diterima bekerja. Bukankah ini racist namanya. Mereka sudah berani meminta itu dan ini. Mereka merasakan DEB dan dasar yang menongkat orang melayu selama ini merupakan dasar yang berat sebelah.
Dengan kuasa ekonomi di tangan mereka, sekarang mereka sudah berani untuk menggugat kuasa politik. Pertaruhan politik menjadi senjata mereka. Mereka mempertaruhkan sokongan di dalam pengundian supaya kerajaan tunduk dan mengikut telunjuk mereka.
Satu cerita benar berlaku di Gemas, setelah selesai Menteri merasmikan kilang, satu sidang akhbar telah di lakukan. Di siding akhbar itu, yang ada hanyalah pemilik kilang yang berketurunan cina, serta 2 orang juruteranya yang berbangsa India. Di dalam siding akhbar itu, pemilik kilang telah berkata,
“Kerajaan patut lebih adil di dalam pembahagian kek ekonomi. Dasar yang memberi kelebihan kepada sesuatu kaum sahaja perlu dihapuskan. Ini akan membolehkan ekonomi berkembang dengan lebih baik lagi. Lagipun sebagai rakyat, kita berhak menikmati semua hak keistimewaan tanpa ada kaum yang mendapat lebih.”
Seorang wartawan bertanya kepada pemilik syarikat tentang kedua – dua juruteranya. Maka dijawab oleh pemilik kilang tadi
“Kedua mereka adalah anak beranak. Yang bapa sudah bekerja dengan saya lebih 20 tahun. Manakala yang anak baru bekerja dengan saya lebih kurang 5 tahun. Saya membayar gaji yang tinggi kepada mereka.”
Wartawan itu bertanya lagi. “Mereka sudah lama bekerja dengan pihak tuan. Kenapa tuan tidak memberikan saham kepada mereka sebagai tanda penghargaan dan menjadikan mereka sama – sama memiliki syarikat ini?”
“ohh mana boleh.. Ini syarikat saya. Saya tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Saya yang bersusah payah membina syarikat ini. Mana boleh senang – senang saya serah kepada orang lain. Saya membayar gaji mereka. Memabayar bonus. Malahan saya tidak mengalang mereka untuk mencari kekayaan melalui cara yang lain!!” jawab pemilik kilang dengan nada tak puas hati!!
Dengan selamba badak, wartawan tadi menjawab “ Begitulah keadaan di Negara ini tuan. Asalnya tanah ini milik Sultan – Sultan dan orang Melayu. Tetapi kaum lain datang mencari rezeki di tanah ini. Kami tidak menghalang tetapi sudah pasti kami tidak akan menyerahkan semua keistimewaan milik kami kepada orang yang mendatang seperti mana tuan tidak mahu menyerahkan syarikat ini kepada orang lain”
Terdiamlah pemilik kilang yang berbangsa cina itu tadi.
Kesimpulannya, saya menyokong hasrat kerajaan untuk mewujudkan sekolah satu aliran. Selagi fahaman kebangsaan dan kaum masih menjadi batu penghalang kepada perpaduan di Negara kita, selagi itu akan ada perasaan saling curiga – mencurigai diantara satu sama lain. Api sekam boleh menjadi semakin marak. Pemimpin yang racist ini perlu ditolak supaya perpaduan menjadi keutaamaan.
Di sinilah, yang patut menjadi paksi kepada perpaduan bukan lagi fahaman perkauman, tetapi Fasal 3 perlembagaan yang sepatutnya diperjelaskan dan dikembangkan fungsi dan kuasanya iaitu ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI.

