Dalam surat khabar hari nie juga ada kuar berita ...
"KUALA LUMPUR - Pasukan Formula Satu negara, F1 1Malaysia dijangka bakal memulakan sesi ujian latihan jentera baru Januari tahun depan.
Menurut sumber terdekat pasukan, ujian tersebut akan dijalankan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Katanya, jentera buatan Malaysia itu pasti akan berada di grid perlumbaan sebaik kalendar Formula Satu (F1) bermula di Australia, Mac tahun depan.
"Jentera F1 1Malaysia akan berada di Malaysia terlebih dahulu untuk diuji, sebelum kereta tersebut menyertai Grand Prix Australia."
Memang gila babun punya pantas. Baru kelmarin beri cadangan, januari dah di test, Mac nak berlawan. Aku sebagi rakyat Malaysia bangga dan teruja yang teramat sangat dengan kepantasan pihak - pihak yang berkenaan dalam memastikan projek F1 1Malaysia nie dapat disiapkan. Memang kelas dunia beb wa cakap sama lu!!! Kau orang bangga tak?
Kalau la macam tu sistem dalam kerajaan hari nie, aku percaya tak jumpa orang mintak sedekah, tak ade orang rumah macam reban ayam, TV3 tak dapat menyiarkan rancangan Bersamu, Tak De orang minta derma untuk mengubati penyakitnya sendiri atau untuk anaknya. Tak de sapa nak terima duit zakat sebab semuanya berkemapuan.
Kalau la macam tu sistem dalam kerajaan hari nie, aku percaja, jalan keluar masuk dari tempat aku ke bandar terdekat tak pecah - pecah, jambatan pasti siap, sekolah siapa mengikut jadual dan pembangunan lebih hebat.
Tapi itu semua tak penting. Sebab kalau jalan kampung ditar tebal - tebal, dunia tak tahu itu adalah Malaysia, kalau sekolah cantik - cantikpun, tak de orang luar negara nak melawat. Buat apa. Lebih baik buat projek keta lumba nie.. baru kelas.
Bila bulan 9 baru cakap, kemudian bulan 1 tahun depan dah mula nak test, bulan 3 nak race, aku teringat satu dasar kerajaan yang lama. Kes dia lebih kurang macam nie la. Apa nama kes tu alaa.. tak kan lu orang dah lupa. Memang betulla melayu mudah lupa.
PPSMI maaaaaa...
PM waktu tu cakap bulan 8 atau 9 tahun sebelumnya, tahun 1 tahun berikutnya dan start dah. Walaupun ramai yang tak setuju tetapi kerajaan tetap dengan keputusanya. Surat khabar, TV, semualah media masa menyatakan idea itulah paling bernas dalam membawa Malaysia menjadi negara maju pada 2020.
Setiap kali Keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM diumumkan, keputusannya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Sampaikan ada budak yang tak pernah lulus math kat sekolah dapat A2/C3 dalam SPM. Cikgu pun pening kepala camana benda tu berlaku.
Lepas keputusan keluar, surat kahabar pun menunjukkan analisisnya menunjukkan bahawa peningkatan pemahaman bahasa inggeris. PPSMI berjaya. PPSMI di dalam trek. PPSMI pemangkin kejayaan Malaysia.
Kat sekolah cikgu - cikgu PPSMI dicemburui kerana seolah - olah menjadi anak emas. DIberi laptop, diberi LCD diberi elaun walaupun laptop tu digunakan untuk peribadi, LCD simpan dalam stor sekolah je takut kena curi, ngajor dalam bahasa Melayu (alasan budak tak paham kalau ngajor dalam bahasa melayu). Pastu kalau kursus nie jgn cakap la. Melambak - lambak.
Tapi lepas 6 tahun, barulah TPM cakap 3 juta pelajar tercicir kerana PPSMI. Barulah data - data menunjukkan pelajar melayu yang tercicir semakin tercicir selepas pelaksanaan PPSMI. Akhirnya dasar itu diberhentikan walaupun tahun 2012 nanti barulah diberhentikan sepenuhnya.
Aku harap team F1 1Malaysia nie tak macam tu la... Ialah kalau berlumba asyik menjadi perhatian je (sebab no. corot atau tak lepas had masa kelayakkan), aku rasa baik tak payah.
Walaucamanapun, aku tetap sokong projek nie. Kerajaan dapat banyak pulangannya daripada projek nie. Kita sebagai rakyat Malaysia mesti berbangga dengan projek menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Sebagai rakyat, aku sedia berkorban demi negaraku yang tercinta...Kakkahkah.....
Khhhhhaaaakkkkk Pthuuuuuui.
Adiiiooosssss
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
CUBA HANG KOMEN SKIT TENTANG PROJEK ANGKASAWAN TU PLAK...BERBALOI KE TAK?KOT KAHAK BERDARAH TERUS KUAR...
HUMANGAIH..PUNYO LA PANJANG LEBA EKAU MENULIH SOJAK KLUAR DARI GUO NIE...DEN BACO YG PANGKAL & UJUNG EH CUKUP LAH...HEHEHE...
SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN 1 SYAWAL, RAMADHAN BAKAL MENINGGALKAN KITA, SEMOGA MASIH DIBERIKAN KESEMPATAN OLEH-NYA UTK BERTEMU LAGI RAMADHAN YG MENDATANG...
Memang lah kena laju beb, nama lagi F1 maa...kih kih kih.. Tapi kalau stakat ambik joky dari luar negara x payah ler. Dulu aku dengar Alex Yong nak ambik lesen F1 pun kemain payah lagi, bertahun2 baru dapat. Nak dapat lesen dia pun kena prabih RM3 juta. So apa citer Alex skrg ni ek? Krjn x offer kat dia ke? Maaf ler, dalam sehari dua ni aku x sempat nak baca paper, stakat selak paper online je kejap2.
Aku fikir kau faham tapi buat-buat tak faham tentang dasar pemerintahan kerajaan BN @ 1Malaysia selama ini.Dasar yang pertama... apa-apa idea @ cadangan mereka akan buat dulu, kemudian baru buat kajian sama ada gagal ke berjaya ke...yang penting poket mereka masyukkk!
Aku yakin projek ni akan berjaya. Bukan berjaya apa...berjaya menghasilkan pelumba yang ala-ala Alex Yong dulu...dari mula berlumba sampai pencen tak pernah dapat menghabiskan pusingan yang ditetapkan.
Untuk makluman Radioburuk007 fm adalah cikguskema yang dah hilang skema sekarang ni.Almaklumlah dah ramai anak. Kah!Kah!kah! Untuk berita lanjut, anda boleh ke http//www.radioburuk007.blogspot.com/
Post a Comment