skip to main | skip to sidebar

LAXMANAJEBAT

DARI PANDANGAN SISI .....

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Saturday, October 24, 2009

ADA BONUS LA

Posted by CHIEFFZUL at 5:41 PM
Pembentangan belanjawan semalam memang menarik. Antara yang paling menarik ialah pemberian bonus kepada semua pekerja di Malaysia. Mungkin ramai yang terperasan yang kerajaan telah memberi bonus RM2000 kepada pekerja swasta manakala bagi kakitangan awam telah diberi bonus RM1500.

Bagaimana bonus ini diberi..

1. Kerajaan telah menaikkan kadar pelepasan cukai bagi diri sendiri dari RM8,000 kepada RM9,000. Ini kira bonus bagi semua pekerja (terutamanya yang membayar cukai). Ini kerana sudah ada RM1,000 lebih di tangan untuk di belanjakan tanpa memikirkan kena cukai. Ini juga bermaksud pendapatan boleh guna pekerja bertambah. Ini kira bonus untuk semua kakitangan tak kira swasta atau kerajaan.

2. Pelepasan cukai KWSP dinaikkan RM1000 lagi. Ini bermakna jumlah pelepasan diri adalah sebanyak RM1000 lagi. So, lagi kurang kena bayar cukai. Makin bertambah duit lagi. Bonus nie pulak kebanyakkan untuk kakitangan swasta. Tapi ada juga untuk kakitangan kerajaan yang amik option KWSP.

3. Bayaran insentif RM500. Ha yang nie kompom untuk kakitangan awam. (semua dapat walaupun kakitangan sokongan dah dapat sebahagiannya awal)

Jadi korang semua, JOHN DOE, RADIO BUGHUK, Ust ZUL, jangan kocik ati yo. Bukan kerajaan tak kasi bonus. Ado bonus yo tu. Kalau ekau nampak la yo.
Adiooooss.

Err sebelum terlupa. CUEPACS pun terima sahaja pemberian bonus nie tanpa ada sebarang masalah. (Rujuk Berita Minggu 25/10/09)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

2 comments:

Sifu KaiZen said...

nie den tak buleh teghimo, mcm tu ekau kato bonus? ekau dah temakan nasik kangkang rosmoh ko ha?...tu bukan bonus, tu namo ea menjago KEBAJIKAN...bonus oghang selalu bagi dlm bontuk wang ringgit, takpun pakej percutian ko...nie hampeh, apo pun tarak...jonuh yo den nengok belanjawan...

October 25, 2009 at 10:36 PM
Zulkarnain bin Poniran said...

ikhlas kawan nak komen....
kawan tetap sokong apo2 ajo yang kerajaan buat....
botul semuo eh....
takdo salah.....
syabas Najib....
Gua sokong lu....

October 30, 2009 at 5:02 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ►  2010 (5)
    • ►  August (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (51)
    • ►  November (4)
    • ▼  October (16)
      • DASAR AUTOMATIF KERAJAAN.. Satu pandangan dari sis...
      • LU PIKIR LA SENDIRI.....
      • LIVERPOOL MENANG LAAAA!!!
      • PINDAH KITA!!!!
      • ADA BONUS LA
      • DI MANA SILAPNYA
      • BILA ORANG DAH TAK PERCAYA
      • TUTUP AKAUN DI PASIR GUDANG
      • KAWAN ITU
      • ADA BONUS KITA TAHUN NIE!!!!
      • CERITA TERLEWAT
      • INILAH PELAJAR YANG KITA MAHUKAN
      • Tip tangani Stress
      • Akhirnya kebenaran terserlah jua....
      • Peringatan Dari Allah (2) Gempa Bumi Di Indon
      • Peringatan Dari Alllah!!! (1)(Tsunami di Samoa dan...
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2008 (12)
    • ►  November (6)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)

Followers

Alamat Penting

  • CikGu Skema
  • John Doe
  • Pengetua SMPL
  • Ah Chun
  • Harakah
  • Malaysiakini

Text

Followers

PENULIS

Zulkarnain Ab Halim merupakan seorang pendidik di Segamat. Segala catatan ini merupakan pandangan peribadi beliau.
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com