skip to main | skip to sidebar

LAXMANAJEBAT

DARI PANDANGAN SISI .....

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Tuesday, October 20, 2009

DI MANA SILAPNYA

Posted by CHIEFFZUL at 6:57 PM
Aku menulis isu ini dengan tujuan penambahbaikan. Ada dua isu yang ingin aku utarakan di sini.

Yang pertama ialah kebajikan cikgu. Kalau disusuri, setiap kali aktiviti kurikulum (terutamanya) ianya mesti dilakukan di sebelah petang hari persekolahan. Tetapi selalu juga dilakukan pada hari Sabtu. Baik mesyuarat panitia, kursus peningkatan pedagogi, bengkel pembinaan item dan yang lain jangan harap nak dapat kelepasan pada waktu pagi. Itu kira ok lagi. Sebab masih hari persekolahan.

Baru – baru ini, aku menghadiri Bengkel Penutupan Akaun dengan menggunakan SEKKOP yang diadakan dari 15 – 17 Oktober 2009. Bagi yang tak perasan, 17 Oktober itu adalah Cuti Umum Kerana Deepavali. Surat dikeluarkan oleh pihak JPN Johor pada bulan September lagi. Apabila ada pihak menelepon JPN dan bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab menandatangani surat meminta cikgu menghadiri bengkel ini, jawapannya cukup mudah, TERLEPAS PANDANG. Senang betul jawapannya tanpa memikirkan kebajikan cikgu yang bertugas pada waktu cuti umum. Kalau swasta tu, kena bayar triple tau. Tapi nie buat selamba badak je.

Alasan yang diberikan oleh pihak PPD pula ialah sekiranya dibuat pada waktu pagi, maka ianya akan mengganggu P&P. Sekali nampak memang bagus, tetapi apabila ada latihan sukan, PSKPP dan ko-kurikulum yang lain, tak ada pun masalah latihan dibuat pada waktu pagi. P&P tak terganggu ke? Tak tahulah di mana sifir yang mereka pakai. Kalau dah tak boleh pagi tu, pastikan tiada program boleh dibuat pada waktu pagi. Baru adil.

Yang kedua ialah dari segi pengurusan.

Di sekolah aku, pada hujung minggu ini, akan diadakan LDP tetapi, sehingga kini, tiada sebarang makluman rasmi dikeluarkan oleh pihak sekolah. Kelewatan ini menyebabkan cikgu sudah ada perancangan aktivitinya sendiri pada hujung minggu ini. Sekiranya betul ada LDP, ini menyebabkan mereka terpaksa mengubahnya pada saat akhir.

Akan ada cikgu yang sanggup mengorbankan perancangannya, tetapi akan ada juga cikgu yang meneruskan rancangan dan tidak hadir ke LDP pada hari Sabtu ini. Akhirnya, matlamat program tidak akan tercapai sebab ramai guru yang tidak ada. Yang lebih menyedihkan, YANG TIDAK HADIR TIDAK DIKENAKAN SEBARANG TINDAKAN sedangkan guru – guru lain terpaksa mengorbankan cuti Sabtu ataupun perancangan mereka.

Seharusnya, surat makluman ini, dikeluarkan awal supaya cikgu dapat menguruskan jadual mereka. Memang nampak "simple" tetapi jika dapat diuruskan dengan baik, cikgu akan lebih bersedia.

Sabtu ini juga guru – guru akan memindahkan meja mereka ke bilik guru yang baru. Kalau ramai yang tiada? Entahlah… Kita tengok la.

Justeru, Saya memohon kepada pihak – pihak yang berkenan memandang serius perkara ini.

Pengurusan yang baik menjamin kebajikan guru. Di mana silapnya sehingga kini, masalah ini belum dapat diatasi?
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

7 comments:

Sifu KaiZen said...

mano ado silap2...chekgu2 ni ha yg pandai main silap mato, ekau yo yg lambek pick up...den sabtu nie pun dtg gak la nolong...nolong tengok yo lah, den kan dah jadi oghang terpinggir...huhuhuhu...
ekau doa la den copek naik jadi GPK 1, kok maso tu sapo2 tak dtg takdo surat, den konokan tindakan buang daerah...wakakaka..

October 20, 2009 at 10:59 PM
CHIEFFZUL said...

Aik masih emo lagi ke bang?
Ala kalau nolong tu ado yo pahalo..

October 21, 2009 at 5:29 PM
CHIEFFZUL said...

Aik masih emo lagi ke bang?
Ala kalau nolong tu ado yo pahalo..

October 21, 2009 at 5:29 PM
Sifu KaiZen said...

wei macha dah ada blog...http://machaselancar.blogspot.com

October 21, 2009 at 6:42 PM
Zulkarnain bin Poniran said...

ingat x malam rewang hari tu... den ado koba..... caro terbaik iyolah gi jumpo oghang tu and then dakwah dio supayo berubah... ok... sapo sanggup angkat tangan!!!!

October 21, 2009 at 9:59 PM
Radio buruk 007 fm said...

Kalau ikut eden jangan kato satu LDP, takde langsung LDP lagi baguih. Dulu bilo gomen buek kursus kat hotel, ado ramai yang komplen...terpaksa tinggalkan anak bini le, Then bilo dibuek kat sekolah...ada songeh juo. Kalau takdo LDP susah jugo. Bilo JPN atau PPD datang ke sekolah, ramai cikgu tak tahu itu ini..daripada pengurusan buku ringkasan mengajar (yang paling mudah) hinggo ko pengurusan aktiviti panitia. Kemudian salahkan takdo kursus le, tak diajar kat u le dan macam-macam lagi alasan. Bilo ado LDP...la jadi masalah juga.

Biasonya sok sek sok sek ttg tarikh LDP dah ramai yang tahu (kecuali yang tak mahu ambik tau). Mungkin yang kelimo ni eden tak nak gombar gombo sangat sebab cuma peringkat sekolah jo.

Sebagai orang yang menurut arahan, kito kena patuh pado arahan. Bilo ada tambahan arahkan kito buek LDP 2 kali lagi, kito buek lo. Ni pun dah melampaui tarikh yang ditetapkan oleh PPD. Pokcikpun ado kojo lain kalau takdo LDP ni. Kebun dan semak samun, kelapo sawit dah tak nampak dikelubungi lalang, tapi nak buek macam mano. Kito dah buek pilihan jadi cikgu...
Masa kito kojo bukan setakat habis masa mengajar jo (1.05 @ 1.50 minit jo). Kalau perasan, maso kojo kito takdo di gazet langsungpun. So, sekali lagi...pilihan di tangan kita...

October 22, 2009 at 9:23 PM
CHIEFFZUL said...

Apo yang ekau merepek nie radio bughuk....
Apopun den setuju..
kito yang menurut pheghintah....

October 24, 2009 at 5:39 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ►  2010 (5)
    • ►  August (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (51)
    • ►  November (4)
    • ▼  October (16)
      • DASAR AUTOMATIF KERAJAAN.. Satu pandangan dari sis...
      • LU PIKIR LA SENDIRI.....
      • LIVERPOOL MENANG LAAAA!!!
      • PINDAH KITA!!!!
      • ADA BONUS LA
      • DI MANA SILAPNYA
      • BILA ORANG DAH TAK PERCAYA
      • TUTUP AKAUN DI PASIR GUDANG
      • KAWAN ITU
      • ADA BONUS KITA TAHUN NIE!!!!
      • CERITA TERLEWAT
      • INILAH PELAJAR YANG KITA MAHUKAN
      • Tip tangani Stress
      • Akhirnya kebenaran terserlah jua....
      • Peringatan Dari Allah (2) Gempa Bumi Di Indon
      • Peringatan Dari Alllah!!! (1)(Tsunami di Samoa dan...
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2008 (12)
    • ►  November (6)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)

Followers

Alamat Penting

  • CikGu Skema
  • John Doe
  • Pengetua SMPL
  • Ah Chun
  • Harakah
  • Malaysiakini

Text

Followers

PENULIS

Zulkarnain Ab Halim merupakan seorang pendidik di Segamat. Segala catatan ini merupakan pandangan peribadi beliau.
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com