skip to main | skip to sidebar

LAXMANAJEBAT

DARI PANDANGAN SISI .....

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Wednesday, October 7, 2009

INILAH PELAJAR YANG KITA MAHUKAN

Posted by CHIEFFZUL at 10:29 PM

Hari ini aku membaca surat khabar bahawa terdapat sekolah yang dibakar. Kebakaran ini dipercayai dilakukan oleh pelajar yang tidak puas hati dengan pengurusan sekolah.

Setelah membca berita ini kau percaya, ramai guru yang tersenyum. Inilah generasi yang memang kita tahu akan bersedia membuat apa sahaja sekiranya mereka tidak berpuas hati.

Masalah disiplin di sekolah tidak pernah selesai. Memang, masalah jenayah juga tidakpernah selesai di kawan awam. Tetapi di sekolah, kesnya berlainan. Kaedah penyelesaian seolah - olah tidak nampak langsung.

1. Pihak kementerian kena tegas dengan isu displin ini. Jangan layan sangat kehendak mak bapak yang memanjakan anak mereka. Yang tidak mengaku anak mereka buat kesalahan kerana di rumah anak mereka baik macam malaikat.

2. Guru disiplin masih lagi mengajar dalam waktu yang banyak. Sedangkan guru kaunseling tidak mengajar. Berkesankah sesi kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelajar? Ada statistik yang dikeluarkan oleh unit kaunseling? Ada tak statistik itu termasuk pelajar yang telah menjalani sesi kaunseling tapi masih lagi melakukan kesalahan. Semua data ini mesti ditunjukkan sebagai KPI (yang Perdana Menteri kita laung - laungkan) kepada unit kaunseling.

3. Hukuman Buang sekolah untuk beberapa kes, pelajar tidak boleh memohon untuk bersekolah di tempat yang sama. Ini tidak dah dibuang sekolah tapi selepas rayuan, pelajar akan bersekolah di tempat yang sama. Kalau kes ponteng, mungkin boleh diterima, tapi kalau kes pukul cikgu, apa perasaan guru - guru. Jagalah sikit hati dan perasaan guru.

4. Kita dan ada Subjek Pendidikan Agama, Pendidikan Moral kemudian sekarang diwujudkan semula Pendidikan Sivik tetapi nampaknya perkara ini masih berlaku. Di mana silapnya.

5. Aku percaya, pihak kementerian akan cakap ini adalah kes terpencil. Tapi ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Kalau kes ini tidak ditangani dengan sebaik-baiknya, ianya akan menjadi contoh terbaik kepada pelajar untuk melepaskan geram kepada pihak sekolah.

Sebagi seorang bapa, aku sentiasa berdoa supaya anak aku menjadi contoh baik yang terbaik. Sebagai seorang guru, aku juga mendoakan supaya anak didikku menjadi insan yang berguna.

Semoga, kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Yang pening sekarang ini dah tentulah
1. Pengetua sekolah tu (sebab dia kena menjawab dengan pengarah))
2. GPK 1 ( sebab nak sediakan laporan kepada pengetua)
3. HEM sekolah tu ( sebab nak sediakan laporan tentang pelajar kepada pengetua)
4. Guru Disipilin ( sebab nak sediakan laporan tentang disiplin pelajar kepada HEM)
5. Guru Tingkatan ( Sebab nak sedialan laporan kehadiran pelajar dan sikap kepada HEM)
6. S/U Peperiksaan ( Sebab nak sediakan laporan tentang keputusan pepepriksaan pelajar terbabit kepada GPK 1)
7. Garu Kaunselor ( nak buat laporan penah menghadiri sesi kaunseling ke tidak)
7. Pak Guard ( Sebab nak sediakan laporan macamana kebakaran pukul 6.00 pagi boleh berlaku boleh berlaku )
8. Cikgu sekolah terbabit ( Akan menerima pelawat yang bertali arus yang akan turut sama nak tengok fail panitia, tengok cikgu mengajar)
9. Pelajar yang nak amik PMR sebab kena tukar tempat exam yang mungkin lebih tak selesa.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

3 comments:

Radio buruk 007 fm said...

Syabas Hj Markom kerana berjaya masuk surat khabar front page.

October 7, 2009 at 11:02 PM
Sifu KaiZen said...

ala budak tu begughau yo tu...jgn la amek ati bona...kok tebaka 1 bangunan kan dapek bangunan baghu..cubo pikir ke dopan...
p/s : kok tebaka la library skolah kito nie, agak2 ekau sapo yg suko?...hahahaha...

October 8, 2009 at 4:57 PM
CHIEFFZUL said...

Kalu library terbakar aku rasa yang paling gembira ialah cikgu library la. Kompom dapat tukar 24 jam gi ulu tembeling dan jadi cikgu kadet bomba.
Biasolah budak sekarang nie, gurau je lebih...

October 12, 2009 at 6:14 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ►  2010 (5)
    • ►  August (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (51)
    • ►  November (4)
    • ▼  October (16)
      • DASAR AUTOMATIF KERAJAAN.. Satu pandangan dari sis...
      • LU PIKIR LA SENDIRI.....
      • LIVERPOOL MENANG LAAAA!!!
      • PINDAH KITA!!!!
      • ADA BONUS LA
      • DI MANA SILAPNYA
      • BILA ORANG DAH TAK PERCAYA
      • TUTUP AKAUN DI PASIR GUDANG
      • KAWAN ITU
      • ADA BONUS KITA TAHUN NIE!!!!
      • CERITA TERLEWAT
      • INILAH PELAJAR YANG KITA MAHUKAN
      • Tip tangani Stress
      • Akhirnya kebenaran terserlah jua....
      • Peringatan Dari Allah (2) Gempa Bumi Di Indon
      • Peringatan Dari Alllah!!! (1)(Tsunami di Samoa dan...
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2008 (12)
    • ►  November (6)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)

Followers

Alamat Penting

  • CikGu Skema
  • John Doe
  • Pengetua SMPL
  • Ah Chun
  • Harakah
  • Malaysiakini

Text

Followers

PENULIS

Zulkarnain Ab Halim merupakan seorang pendidik di Segamat. Segala catatan ini merupakan pandangan peribadi beliau.
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com