skip to main | skip to sidebar

LAXMANAJEBAT

DARI PANDANGAN SISI .....

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Monday, March 9, 2009

Hujan dan dihujani

Posted by CHIEFFZUL at 4:59 PM
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menurunkan hujan di bumi ini setelah sekian lama berpanas. Hujan yang tuun bermula di hari keputeran Junjungan besar Nabi Muhammad Sallallah Hu Alaihi Wassallam, memberikan suasana yang nyaman dan sejuk sepanjang hari hinggalah ke pagi ini. Semoga Allah, memberikan rahmat dan hidayah-Nya kepada kita. Insya-Allah.

Hujan yang turun lebat ini pastinya suatu petanda baik kepada peneroka kerana pokok kelapa sawit memerlukan air yang banyak. Dengan harga komoditi iu yang semakin menaik (walaupun tidak sampai separuh daripada harga sebelum pilihanraya), tetapi bilangan buah semakin banyak dan rezeki juga semakin bertambah. Alhamdulillah. Moga rezeki yang diberikan tidak diselewengkan.

Dalam bercerita tentang hujan, aku risau kerana Malaysia akan dihujani dengan kehadiran 70,000 warga bangladesh. Di saat ramai rakyat malaysia yang kehilangan pekerjaan, boleh pulak 70,000 abangla 'menunggu masa' untuk masuk ke malaysia.

Yang lebih pelik lagi, menteri sumber manusia tidak tahu menahu tentang hal ini. Apa yang sudah terjadi?

Maklumat rasmi kerajaan, (yang saya ada) sehingga 28 Februari 2006 terdapat 1,830,940 orang asing yang bekerja di negara kita. Ini baru yang datang secara "halal". Yang haram, kita tak tahu.

Sebelum lebih bayak masalah berlaku, saya menyokong pandangan MTUC supaya kerajaan membatalkan atau menghalang kemasukan bukan sahaja 70,000 warga bangladesh ini, tetapi juga warga negara asing yang lain yang ingin mencari rezeki di tanah tercinta ini. BIarlah warga negara kita sendiri yang mengisi segala kekosongan pekerjaan yang ada. Bukannya orang lain.

Jebat : Alhamdulillah, kawan keje ngan gomen.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ►  2010 (5)
    • ►  August (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (51)
    • ►  November (4)
    • ►  October (16)
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ▼  March (6)
      • HOSPITAL
      • Kecewa
      • Kisah di Sebalik Tali pengukur Baju
      • Hadiah Sempena Maulidur-Rasul
      • Hujan dan dihujani
      • Sukan Daerah
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2008 (12)
    • ►  November (6)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)

Followers

Alamat Penting

  • CikGu Skema
  • John Doe
  • Pengetua SMPL
  • Ah Chun
  • Harakah
  • Malaysiakini

Text

Followers

PENULIS

Zulkarnain Ab Halim merupakan seorang pendidik di Segamat. Segala catatan ini merupakan pandangan peribadi beliau.
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com