skip to main | skip to sidebar

LAXMANAJEBAT

DARI PANDANGAN SISI .....

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Wednesday, March 11, 2009

Kisah di Sebalik Tali pengukur Baju

Posted by CHIEFFZUL at 5:42 PM

Saya percaya anda semua penah melihat tali pengukur baju(ala yang selalu digunakan untuk mengukur baju ketika anda menempah baju nak raya ). Yang sebelahnya adalah jarak dalam cm biasanya 150cm dan di sebelahnya lagi ialah 60 inchi.

Jadi apa yang peliknya.??

Pernah tak kita terpikir, kenapa tali itu hanya berukuran 60 inchi sahaja dan ada ruang kosong lebih kurang 3 inchi lagi. Ini bermakna jumlah keseluruhannya ialah 63 inchi. Apakh rahsia yang boleh kita gunakan sebagai ingatan kepada kita.

Cuba kita nisbahkan jarak 63 inchi itu sebagai had umur kita(Atau lebih tepat, sama seperti umur Nabi Muhammad Sallallah Hu Alaihi Wasallam, ketika wafat iaitu 63 tahun). Apabila dah mencapai umur 60, itu maknanya kita semakin menghampiri had usia yang kita ada. 3 tahun tu kira watu berjaga - jaga la.

Seterusnya, kalau boleh kita potong tali pengukur tu pada had usia kita. Kalau usia 30 tahun, kita potong pada jarak 30 inchi. Setelah itu, kita tengok dari 0 - 30 inchi tu, (usia kita dari 0 - 30 tahun) apa yang telah kita lakukan, apa yang telah perolehi, cukupkah amalan kita atau masih lagi kita terlupa dan terlena dengan nikmat dunia.

Pastu kita tengok baki yang ada. dari 30 hingga 60 inchi. KIta andaikan itu baki hidup kita. Apakah masih banyak lagi? Adakah sempat untuk kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang muslim? Atau kita merasakan masa itu masih banyak untk kita berseronok dan bersukaria.

Kalau boleh setiap tahun kita potong tali itu. Semakin pendek tali itu, kita jadikan sebagai ingatan bahawa usia kita juga semakin pendek dan kehidupan semakin singkat. Moga, kisah ini, menjadi peringatan saya dan rakan - rakan semua dalam menjalani kehidupan anda.

Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati kami, setelah Kau beri hidayah kepada kami, Jadikanlah kami anak yang soleh. Ya Allah, Kau ampunkan dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami serta Kau kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil.

Ya Rahman, Kau bukakanlah seluas - luasnya pintu rezeki bagi kami dan ahli keluarga kami. Kau selamatkanlah kami dari azab kubur dan masukkanlah kami ke dalam golongan yang Engkau redhai. Amin Ya Rabbal Alamin.

Jebat : Ya Allah, terimalah taubat kami dan terimalah doa kami.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ►  2010 (5)
    • ►  August (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (51)
    • ►  November (4)
    • ►  October (16)
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ▼  March (6)
      • HOSPITAL
      • Kecewa
      • Kisah di Sebalik Tali pengukur Baju
      • Hadiah Sempena Maulidur-Rasul
      • Hujan dan dihujani
      • Sukan Daerah
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2008 (12)
    • ►  November (6)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)

Followers

Alamat Penting

  • CikGu Skema
  • John Doe
  • Pengetua SMPL
  • Ah Chun
  • Harakah
  • Malaysiakini

Text

Followers

PENULIS

Zulkarnain Ab Halim merupakan seorang pendidik di Segamat. Segala catatan ini merupakan pandangan peribadi beliau.
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com