skip to main | skip to sidebar

LAXMANAJEBAT

DARI PANDANGAN SISI .....

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Friday, March 6, 2009

Sukan Daerah

Posted by CHIEFFZUL at 5:51 PM
Dah hampir 2 minggu aku tidak meng'update'kan laman blog aku ini. Seminggu sebelumnya disebakan takde internet dan seminggu lagi aku sibuk di padang SMK Seri Kenangan sebab menjadi pengurus pasukan dan pegawai kejohanan (dua dalam satu la nie)

Sekolah aku 'berjaya' mendapat sebutir pingat emas. Aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan - rakan yang banyak membantu aku mengurus pelajar di sana. Ialah aku agak sibuk sebagai petugas. Nak dapat rimau la... Buat Paie, Azzyati dan Din Mohd, Terima Kasih.

Apa yang aku nak katakan di sini ialah tentang atlit Sekolah aku ketika berada di sana. Pelbagai karenah dan perangai yang boleh membuatkan cikgu naik darah telah dipertontonkan. Kalau dah star dan menyumbangkan banyak pingat tak apa?!. Nie hanya nak berlagak star sahaja.

Pelajar kita boleh biasanya kalah seblum bertanding. Nie jelas dalam keputusan - keputusan yang mereka hasilkan. Ada yang kita harapkan dapat pingat tetapi hasilnya sungguh mengecewakan. Malah ada satu kes, pelajar yang memang betul ada prospek pingat, dah masuk final tetapi tidak berlari kerana tidak mendengar arahan gurunya. Aku yang berada di khemah pegawai punyalah naik angin.

Sudahlah tu, pada petangnya, dia dan kawan - kawannya mengada- ngada nak menarik diri, lagi aku hangin satu badan. Aku paksa juga walaupun nanti mereka akan pengsan di tengah padang. Peduli apa aku. Ada PBSM yang akan mereka. Last - last mereka lari juga. Boleh pulak. Tu yang aku kata mengada - ngada sahaja.

Ada seorang tu, macam bagus sangat, tetapi sekali tengok macam orang jakun. Terkinja - kinja. Tahun lepas dia buat taik. Kawan - kawan dia dah buat yang bagus, tetapi dia lari macam nak pengsan. Lembik. Tahun nie, macam tu juga perangainya. Malah lebih teruk. Daripada tempat pertama, pasukannya menamatkan larian di tempat terakhir. Malah hampir nak pengsan di penamat. Tapi tetap berlagak. Ingat buat rambut macam goku (dragon ball) tu bagus. Tambah meluat adalah.

Apapun, aku harap tahun hadapan keadaan akan lebih baik. Tapisan akan lebih dan yang penting, Insya - Allah, aku akan pakai baju rimau tahun depan. Hehehehe.

Jebat : Waktu budak buat perangai, rasa nak mengamuk je.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ►  2010 (5)
    • ►  August (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (51)
    • ►  November (4)
    • ►  October (16)
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ▼  March (6)
      • HOSPITAL
      • Kecewa
      • Kisah di Sebalik Tali pengukur Baju
      • Hadiah Sempena Maulidur-Rasul
      • Hujan dan dihujani
      • Sukan Daerah
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2008 (12)
    • ►  November (6)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)

Followers

Alamat Penting

  • CikGu Skema
  • John Doe
  • Pengetua SMPL
  • Ah Chun
  • Harakah
  • Malaysiakini

Text

Followers

PENULIS

Zulkarnain Ab Halim merupakan seorang pendidik di Segamat. Segala catatan ini merupakan pandangan peribadi beliau.
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com