Malam tadi aku pergi ke Labis...
Setelah berbuka, aku mengambil minyak di Stesen Minyak Petronas yang lama. (Di Labis ada dua stesen minyak petronas, satu yang baru sahaja dibuka). Aku dapati minyak yang ada hanyalah minyak RON95. Tiada RON97 di situ.
Apabila aku bertanya kepada cashier, dia meyatakan bahawa di Segamat hanya Stesen Minyak Petronas Segamat Baru sahaja yang ada menjual minyak RON97, yang lainnya hanyalah RON95 sahaja dijual. Katanya lagi, ini adalah arahan pihak pengurusan Petronas berdasarkan jumlah jualan minyak di stesen minyak mereka.
Nampaknya Petronas sendiri menyedari bahawa ramai orang tidak mampu untuk mengisi minyak premium RON97 yang berhara RM2.05 seliter. Tapi kenapa ada pihak yang tidak sedar akan perkara ini.
Kata keramat "RAKYAT DIDAHULUKAN" hanyalah frasa yang merujuk kepada dalam apa - apa hal, yang perlu di'korban'kan terlebih dahulu adalah rakyat.
Ini terbukti dengan beberapa "MUTIARA KATA" pemimpin negara kita seperti :
1. Rakyat perlu mengubah cara hidup
2. Rakyat perlu bertanya apa sumbangan mereka kepada negara bukannya bertanya apa sumbangan negara kepada kita.
3. Kenaikan harga minyak tidak menyebabkan kenaikan harga barang.
4. Peniaga jangan naikkan harga barang walaupun harg minyak meningkat.
Yang lebih sedih, kenaikan ini dilakukan ketika umat islam sedang berpuasa dan sedang menyediakan persiapan untuk menyambut hari raya. Banyak perbelanjaan yang diperlukan dan kenaikan harga minyak akan menambah beban mereka.
Tak terfikirkah mereka yang bertanggungjawab untuk menaikkan harga minyak ini, supaya menangguhkan kenaikan harga minyak sehingga rakyat dapat "lebih bergembira" di hari lebaran. Tiada hati dan perasaankah mereka.
Inikah pemimpin yang berjiwa rakyat yang kita katakan?
Inikah pemimpin yang di katakan tidak mementingkan protokol ketika membuat lawatan?
Inikah pemimpin yang boleh kita harapkan untuk menyelami nadi dan kesusahan rakyat?
Inikah jenis pemimpin yang kita mahu dan kita pertahankan? Dan adakah,
Ini erti sebenar frasa "RAKYAT DIDAHULUKAN"
Tiadakah mereka berfikir?????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
BILA BEKERJA MENDAPAT GAJI...PERSOALANNYA, BERAPA YANG KITA BAGI UNTUK IBUBAPA KITA DAN BERAPA KITA HULURKAN UNTUK PEMBANGUNAN ISLAM?KALU KITA MASIH "BERKIRA" DENGAN KEDUA-DUA INI, JANGANLAH TERLALU CEPAT MELATAH DENGAN APA YANG KERAJAAN LAKUKAN...PK SETAJAM TAJAMNYA...
Post a Comment