skip to main | skip to sidebar

LAXMANAJEBAT

DARI PANDANGAN SISI .....

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Sunday, March 29, 2009

HOSPITAL

Posted by CHIEFFZUL at 8:55 PM
Hampir dua minggu aku tidak berkesempatan untuk meng'update'kan blog aku ini.

Minggu lepas, aku perlu berulang alik dari Palong Timur ke Jasin kerana bapaku telah di masukkan ke wad kerana penyakit jangkitan kuman di kaki dan juga demam panas yang telah menaikkan darah tinggi bapaku.

Termasuk malam kelmarin dah 4 malam juga aku tidur di hospital untuk menjaga bapaku. Inilah sedikit perngorbanan yang dapat aku berikan setelah berpuluh tahun dia menjaga ku. Mak aku pula menjaganya pada siang hari dan ada 2 hari tu dia kena jaga dari pagi khamis sampai jumaat petang.

Semalam sebelum aku balik ke sini, keadaan kaki bapaku semakin baik. Pemberian antibiotik berbentuk cecair yang disuntik di tangan bapaku nampaknya memberikan kesan. Menurut kata doktor, ubat ini perlu dicuba sekurang - kurangnya 5 kali. (Satu kali suntikan sehari) Jadi paling cepat pun mungkin bapa ku akan keluar pada hari rabu ini.

Apapun, keadaaan di Hospital Jasin sangat selesa. Di hospital ini, tak ada kelas 1, 2 atau tiga cumanya bapaku dapat duduk di dalam bilik air-cond yang mempunyai 4 katil. Kebersihan sangat dititik beratkan. Pekerja akan mula membersihkan tandas seawal pukul 5 pagi dan sepanjang hari sekurang - kurangnya tandas akan dibersihkan 3 kali.

Kalau mop pula, lantai akan di mop dua kali pada sebelah pagi dan dua kali pada sebelah petang. Manakala sapu sampah akan di buat dua kali sehari.

Dengan itu, hospital menjadi bersih dan keadaan amat selesa. Sehinggakan ketika ditanya oleh kakak ku samada kalau diberi pilihan iaitu duduk di hospital dengan balik ke rumah (berubat di rumah sahaja) bapaku memberikan jawapan untuk duduk di hospital sehingga sembuh.

Semoga bapaku cepat sembuh dan kepada Hospital Jasin, Tahniah kerana menyediakan tempat yang selesa kepada pesakit dan juga pelawatnya.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

Sifu KaiZen said...

sabarlah bro....ada hikmah di sebalik kejadian, menguji sejauh mana kesabaran, kecekalan dan kasih sayang seorang anak terhadap ibu dan bapa nya....

March 30, 2009 at 11:04 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Blog Archive

  • ►  2010 (5)
    • ►  August (2)
    • ►  May (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2009 (51)
    • ►  November (4)
    • ►  October (16)
    • ►  September (6)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (9)
    • ▼  March (6)
      • HOSPITAL
      • Kecewa
      • Kisah di Sebalik Tali pengukur Baju
      • Hadiah Sempena Maulidur-Rasul
      • Hujan dan dihujani
      • Sukan Daerah
    • ►  February (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2008 (12)
    • ►  November (6)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)

Followers

Alamat Penting

  • CikGu Skema
  • John Doe
  • Pengetua SMPL
  • Ah Chun
  • Harakah
  • Malaysiakini

Text

Followers

PENULIS

Zulkarnain Ab Halim merupakan seorang pendidik di Segamat. Segala catatan ini merupakan pandangan peribadi beliau.
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com